Iklan Nuffnang

Jumaat, 29 Julai 2011

Hampir 10, 000 Kunjungan

AKU seronok sangat sebab blog peribadi www.mariamelias.blogspot.com aku ni telah semakin mencecah 10,000 kunjungan. Ketika aku memasuki blog ini, angka kunjungan telah menunjukkan 9,994. Hanya beberapa kunjungan sahaja lagi nak mencapai lima angka. Terima kasih kepada yang selalu datang ke blog ini secara sedar mahupun terbabas. Blog ini hanyalah cebisan daripada diari kehidupan seorang manusia biasa, yang meminati dunia penulisan, bahasa, tatabahasa, puisi, motivasi dan memasak. Sekian... terima kasih :-)

Rabu, 27 Julai 2011

Jadi Cikgu...

HARI ini aku terbaca berita di Harian Metro. Apabila terbaca berita ni, aku rasa macam best je dapat diserapkan ke jawatan tetap. Aku memang ada jiwa sebagai pendidik. Suka sangat jadi cikgu. Dulu pun aku berpengalaman selama dua tahun sebagai guru sandaran sebelum aku letak jawatan kerana sambung belajar di UITM. Lepas habis belajar di UITM pun, aku sambung jadi guru sandaran tiga bulan di Kelantan dan tiga bulan di Johor. Sampai ke Kelantan tau aku sanggup jugak pergi mengajar. Padahal bukan ada saudara mara pun di sana kecuali keluarga kawan aku.
Aku ni, kalau ditakdirkan mengajar ke negeri yang orang tak nak pergi pun aku sanggup asalkan bergelar pendidik. Entah kenapalah susah sangat aku nak dapat jadi cikgu. Mohon KPLI tak pernah dapat. Mohon guru sandaran pun tak dapat. Tapi sejak aku ada komitmen untuk bayar rumah dan sebagainya, tidaklah aku mohon jawatan guru sandaran sebab aku bimbang jika kontrak ditamatkan. Kalau kontrak tamat, macam mana aku nak bayar hutang?
Kepada 13,000 guru sandaran yang terpilih untuk diserapkan ke jawatan tetap tu, aku baerharap mereka semua mengajar dengan baik. Peluang yang diberikan oleh kerajaan kepada anda itu, gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Janganlah mengajar seperti melepaskan batuk di tangga sahaja. Tugas seorang guru sangat mulia dan dipandang tinggi. Aku tahu kerja guru banyak kerana aku juga pernah menjadi guru walaupun sekadar guru sandaran. Tetapi janganlah jadikan kerja banayak itu sebagai alasan untuk anda kurang beri tumpuan kepada pelajar.
Aku dulu, selalu buat kelas tambahan percuma kepada pelajar selama dua minggu sebelum mereka hadapi peperiksaan. Aku buat kelas ni pada hari Sabtu. Percuma sahaja. Ada juga guru lain yang menegur aku, kata mereka aku hanya memenatkan badan je sebab bukannya kita diberi gaji untuk bertugas pada hujung minggu. Entahlah, aku tak kira pun sama ada aku dibayar gaji atau tidak. Yang penting, aku memang suka jadi cikgu, aku suka mengajar.... Kenapalah time aku mengajar dulu tak ada kursus dalam cuti (KDC) ni ya? Aku pernah tanya pada pengetua tapi katanya dia tak tahu... Kalaulah aku dapat peluang ini..... Subhanallah...

Kredit berita: Harian Metro

Serap 13,000 GSTT
Oleh Fakhrurrazi Usuldin
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan menyerap 13,000 Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang memenuhi kelayakan sebagai guru tetap, kata Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi.
Menurutnya, kementerian sudah mengeluarkan surat tawaran bermula bulan lalu kepada semua bekas guru GSTT yang tidak disambung kontrak awal tahun ini dan semua mereka akan diserap ke jawatan guru tetap selepas menjalani kursus nanti.
“GSTT terbabit dilantik mengikut syarat seperti usia tidak melebihi 35 tahun pada 31 Disember 2010 dan sudah berkhidmat sekurang-kurangnya dua tahun berturut-turut,” katanya pada sidang media majlis penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Rekacipta dan Inovasi Bot Lumba RA3 Peringkat Kebangsaan, di sini, semalam.
Berikutan itu, Mohd Puad berkata, bagi 2011 KPM tidak mengambil guru GSTT dan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) bagi memberi peluang kepada guru GSTT sedia ada untuk diserap menjadi guru terlatih tahun ini.
Namun katanya, sebelum boleh diserapkan ke jawatan guru tetap, guru GSTT terbabit perlu mengikuti kursus ditetapkan sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau mengikuti program Kursus Dalam Cuti (KBC).
“Sasaran pihak kementerian mahukan semua GSTT menjadi guru tetap dan tiada lagi isu mengenai tidak disambung kontrak.
“Bagi guru GSTT lepasan ijazah mereka hanya perlu mengikuti kursus selama setahun dan perlu bersedia mengajar ditempat lain jika tempat lama mereka sudah dipenuhi,” katanya.
Isu guru GSTT kedengaran apabila Kementerian Pelajaran melalui KPM mengambil keputusan tidak menyambung kontrak mereka tahun lalu.

Ahad, 24 Julai 2011

Piknik...

PIKNIK @ berkelah. Entah dah berapa tahun aku tak berkelah. Hari ni, dah rancang dengan Suzi dan Anis untuk berkelah. Sorang bayar RM30 untuk beli barang-barang untuk persiapan perkelahan ni. Ada ayam, ikan, sotong, udang, kerang, jagung dan kentang. Anis masak nak goreng dan biskut cornflakes. Apa? Biskut conrflakes? Macam tak masuk je makanan ni dengan aktiviti perkelahan. Tapi ermmm sedaplah biskut cornflakes Anis. Perkelahan ni sekejap je sebab tiba-tiba je hujan. Sampai sana lebih kurang kol 11am. Kol 2.30pm dah sampai rumah balik. Apa-apa pun seronok lah sesangat walaupun cuma sekejap....


Suasana damai di air terjun bahagian bawah sekali. Zam a.k.a ketua survey port paling best untuk duduk.


Suzi kata dia macam tak wujud dalam aktiviti piknik ni sebab gambar dia takde. Ada la Suzi... tu ha kecik je gambo kau. Anis berbaju biru....


Orang sibuk membakar... aku sibuk mandi dengan Zid...


Zam berjaya menghidupkan api selepas berhempas-pulas nak hidupkan api tu...


Mandi, makan, mandi, makan...

Jumaat, 22 Julai 2011

Mama & Abah di pejabat aku...

SEMALAM adalah antara hari paling best dalam hidup aku. Pertama kerana Mama dan Abah ada di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf untuk meraikan Majlis Penyampaian Biasiswa Karangkraf. Kedua kerana aku adalah salah seorang penerima biasiswa tersebut. Haha, jadi pelajar kembali.
Semalam ada tujuh kakitangan Karangkraf menerima biasiswa ini. Dua antaranya ialah sahabat baik aku, Suzi dan Anis. Kami belajar dalam kelas yang sama, kursus yang sama dan penyelia tesis yang sama. Walaupun Sarjana kami ialah Sarjana Pengurusan Sosial tetapi penyelidikan kami nanti menjurus kepada bidang kewartawanan. Suzi kaji pasal kewartawanan Islamik, Anis kaji pasal media baru dan aku tentulah bidang yang sangat aku suka iaitu bahasa. Untuk Mama dan Abah, terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk meraikan majlis ini. Datang dari jauh tau, Johor.



Inilah replika sijil yang diterima oleh semua penerima biasiswa. Mama sempat bergambar dengan Editor dan Penolong Editor MIDI.
Lepas majlis, hujan turun lebat sungguh. Beli McD sahajalah. Makan di kafe baru Karangkraf.

Selasa, 19 Julai 2011

Selesai Sudah...

ALHAMDULILLAH. Bersyukur aku kepada Yang Maha Esa kerana akhirnya Majlis Hi-Tea Santai Bersama Kolumnis & Pembaca MIDI 2011 berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kepada penaja utama iaitu Jamu Mak Dara yang memberikan kami suntikan dana untuk memastikan majlis ini dapat direalisasikan sesempurna mungkin.
Terima kasih kepada pembaca yang sudi hadir dan juga kepada semua kolumnis yang meluangkan masa untuk beramah mesra dengan pembaca MIDI.
Kolumnis majalah MIDI semuanya adalah insan yang berkaliber dalam bidang masing-masing. Penulisan mereka menjadi panduan kepada pembaca malah kepada aku juga. Di bawah ini aku selitkan gambar aku dan team MIDI sepanjang persiapan dan berlangsungnya majlis ini. Kepada pembaca MIDI, nantikan majalah MIDI keluaran 15 Ogos nanti untuk melihat gambar-gambar anda ya!


Aku & Ratu majalah MIDI (Kak Maizan). Bersama Jun, pereka grafik majalah MIDI dan Zul Bastari. Orang yang menyolek aku pada petang itu...


Sebelum majlis berlangsung kami pakai t-shirt putih. Ketika majlis, kami pakai jubah merah...


Team MIDI dengan Black Mentor. Bunga-bunga cantik ni hasil dekorasi Lan.


Team MIDI bersama team Brand Marketing yang sama-sama menjayakan majlis ini... Terima kasih daripada team MIDI.

Bagan Lalang

INI cerita awal bulan dapat gaji hari tu. Kongsi duit berempat makan kat Bagan Lalang. Dah dua tahun tak pergi sana. Masa pergi dulu Anis solo. Sekarang dah terikat berdua. Aku je yg masih pegang title solo. Suzi pun dah berpunya. Oh tidakkkkk. Apa-apa pun, bukan nak citer pasal title. Nak citer pasal makan. Memang sedap makan kat sini. Layan gambar je yek....


Aku, Suzi, Zam dan Anis. (a.k.a: Sekwat, Guna, Patin dan Ganesh)


Kerang bakar dan ketam cili. Sekali pandang macam ketam masal sambal gitu, kan. Ketam kurang memuaskan hatiku ini...


Makanan laut yg macam buluh ni memang sedap. Apa entah nama dia. Yang hijau tu sayur kailan ikan masin.


Kepah tsunami kesukaan Suzi a.k.a Guna. Tom yam campur yang best!


Siakap masak stim. Ada satu lagi makanan lupa nak ambil gambar iaitu kerapu tiga rasa....

Isnin, 4 Julai 2011

Aku, Datuk Sharifah Aini & Shiha

BAGI peminat majalah MIDI tentu ingat cover majalah ni untuk isu 1 Jun 2011. Ya, tentulah biduanita negara iaitu Datuk Sharifah Aini. Kat atas ni gambar aku, Datuk Sharifah Aini dan Shiha, peserta Mentor. Aku happy sangat dapat bekerjasama dengan Datuk Sharifah Aini. Bangga pun ada sebab dapat jumpa beliau. Maklumlah, beliau satu nama besar dalam industri seni negara kita. Lagu nyanyian beliau yang paling aku suka ialah Seribu Mawar.
Nak cerita ni, masa aku uruskan penggambaran cover ni, aku ada masalah sakit kaki. Penggambaran ni buat waktu malam. Masa tu aku cuti sakit. Tapi disebabkan kekangan masa dan jadual Datuk Sharifah Aini yang ketat, aku buat juga walaupun masa tu aku cuti sakit. Aku tak boleh drive kereta jadi minta tolong Suzi drive pergi pejabat. Angkat baju pun Suzi tolong. Thanks Suzi. Time sakit kaki memang aku akan pakai legging. Tak boleh pakai seluar yang dibuat daripada kain keras terutama denim. Tu yang berlegging je dalam gambar ni. Isk...

Selamat Tinggal Kulit Kering...


Hehe. Lama tak kemas kini blog comel ni. Ni nak masukkan gambar masa hadir ke majlis anjuran majalah Nona terbitan Kumpulan Media Karangkraf. Ada sessi ceramah pasal kecantikan. Lepas ceramah tu ada sessi solek-solek gunakan produk Body Shop. Lepas beberapa hari sessi tu aku terus pergi ke butik Body Shop dan beli bedak asas, serum dan pelembap dia. Muka yang dulu kering sekarang dah tak begitu kering lagi. Masih ada kesan kulit kering tapi dah semakin OK. Nampaknya aku sesuai pakai serum dan pelembap Body Shop ni. Dulu kalau pakai serum mesti muka pedih. Masa kat sessi ni pun aku pedih pakai serum. Aku tanya pada staff Body Shop kenapa muka aku rasa pedih bila pakai serum. Katanya sebab kulit muka aku kering. Selama ni aku ingatkan kulit muka aku berminyak sebab bangun tidur mesti minyak banyak. Rupa-rupanya kulit kita yang kering ni akan menghasilkan minyak ketika tidur supaya tidak terlalu kering. Sebab tulah berminyak lepas bangun tidur. Jadi, untuk menjaga lembapan tu kita kena guna produk kulit kering. Yang aku ni pi guna produk untuk kulit berminyak. Haruslah makin kering kulit nan cantik ni. Sebab tu banyak kedut-kedut bawah mata. Sekarang ni dah OK sikit. Takdelah kulit kering lagi.... TQ Anis sebab ajak pegi bengkel ni.