Iklan Nuffnang

Selasa, 7 Jun 2011

Korea Got Talent - Sung Bong Choi

AKU terbaca dalam ohbulan pasal remaja lelaki ni. Di situ juga ada video pasal remaja ni yang namanya ialah Sung Bong Choi. Video ketika dia ujibakat untuk rancangan Korea Got Talent. Dia sangat jujur ketika menjawab soalan juri pasal kenapa dia biarkan kosong ruangan keluarga dalam borang peserta. Katanya dia ditinggalkan di rumah anak yatim dan kemudian larikan diri dari rumah tu apabila dipukul. Kemudian dia hidup di jalanan, mencari rezeki dengan cara menjual gula-gula dan air tenaga. Kemudian boleh pula bersekolah. Isk. Sedih sangat. Suara dia nyanyi pun sedap. Walaupun aku tak faham lagu tu tapi memang tersentuhlah apabila dapat tahu kehidupan dia yang begitu sukar pada zaman kecil. Orang kita yang mak bapaknya mampu menyekolahkannya, sanggup pulak ponteng-ponteng sekolah, kan? Tak reti bersyukur betul...