Iklan Nuffnang

Jumaat, 29 April 2011

Get It Right (Glee)

TADI adik aku e-mel lirik lagu daripada sebuah siri televisyen yang memang aku sangat minat menontonnya. Siri pelajar kolej yang belajar muzik, dah tentulah siri ni penuh dengan lagu yang best.. muzikal. Lagu Get It Right, erm... memberi semangat untuk menuju kehidupan yang lebih baik... :-)
Time aku tengok Glee, Suzi pernah kata "Ko ni macam budak-budak sikit, kan? Suka tengok citer-citer macam ni," Maksud Suzi citer-citer yang nyanyi-nyanyi. Sebab tulah aku boleh layan citer Magika. Ada nyanyi-nyanyi. Haha... sama jugak macam Hindustan, kan? Ada nyanyi-nyanyi, berangan-berangan. That's me...

Get It Right -- Glee (Lea Michele)

What have I done?
Wish I could run away from this ship going under
Just trying to help
Hurt everyone else
Now I feel the weight of the world is on my shoulders

What can you do when your good isn't good enough
and all that you touch tumbles down
cause my best intentions keep making a mess of things
I just want to fix it somehow
but how many times will it take
oh, how many times will it take for me to get it right
to get it right

Can I start again
with my faith shaken?
cause I can't go back and undo this
I just have to stay and face my mistakes
but if I get stronger, wiser,
I'll get through this

so I throw up my fist
throw a punch in the air
and accept the truth
that sometimes life isn't fair

I'll send out a wish
and I'll send up a prayer
and finally someone will see how much I care

Sesi Tanam Pokok Editorial Majalah

Minggu ini kami di Karangkraf mengadakan sesi tanam pokok. Kami ingin menghijaukan laman pejabat kami supaya lebih sihat dan segar. Program ni bukan main-main kerana kami turut ada duta. Selepas majlis sesi penerangan dibuat di bawah kanopi di tepi surau, kami semua bergerak ke lokasi penanaman pokok. Setiap pokok sudah diletakkan nama majalah masing-masing. Pokok majalah MIDI dekat saja dengan pintu masuk ke bangunan baru. Setiap hari kami boleh tengok pokok tu. Setiap editorial tanam pokok sendiri. Tapi lubang untuk tanam pokok tu dah dibuat oleh tukang kebun. Hanya tinggal tanam sahaja. Lama dah tak berkebun, seronok!

Inilah editor majalah MIDI.

Seronok berkebun. Ha, inilah pokok MIDI.

Di bawah ni aku petik rencana dalam akhbar Sinar Harian yang juga salah satu daripada penerbitan Kumpulan Media Karangkraf.

Amy Search dilantik duta Karangkraf Peduli Alam

SHAH ALAM – Amy Search sekeluarga dilantik sebagai Duta Karangkraf Peduli Alam di bawah program Karangkraf Peduli yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

Pemilihan Amy dilihat mampu menarik perhatian masyarakat pelbagai peringkat lebih prihatin terhadap kepentingan menjaga alam sekitar.

Setiausaha Karangkraf Peduli Alam, Emma Masri berkata, program berkaitan pemeliharaan alam sekitar akan digerakkan menerusi pelbagai aktiviti dan juga media terbitan Karangkraf ke seluruh negara bagi menerapkan kesedaran masyarakat menerusi kempen yang konsisten.

“Buat permulaan, kita memilih pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf sebagai lokasi menanam 106 pokok bunga raya dan mengkudu siam sebagai langkah awal kempen ini. Kita mahu menanamkan semangat cintakan dunia hijau dalam jiwa setiap kakitangan syarikat yang seramai lebih 1,500 orang.

"Lebih menarik, usaha ini juga sebagai kempen mencintai simbol kebangsaan kerana tahun ini, kita meraikan sambutan Jubli Emas Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan," katanya.

Emma berkata, penanaman pokok kekal dan renek mampu menyegarkan persekitaran bekerja, secara tidak langsung akan membina suasana pekerjaan nyaman bagi kakitangan Karangkraf.

"Kami akan menggunakan pelbagai medium penerbitan Karangkraf untuk 'menyamankan' lagi persekitaran di mana juga media kami sampai supaya setiap anggota masyarakat akan lebih menghargai alam kita," katanya.

Rabu, 27 April 2011

Jom Ke Booth Kumpulan Media Karangkraf!




Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur kini datang lagi. Inilah masanya untuk anda semua membeli-belah buku dan majalah terbitan Karangkraf dengan lebih berbaloi. Sebab apa? Sebab, setiap kali membeli anda berpeluang menang hadiah. Malah ada diskaun hebat lagi tau. Jom, apa tunggu lagi. Datanglah ke lokasi yang dinyatakan. Jangan lupa beli majalah MIDI ya. Kami dah sediakan hadiah istimewa untuk mereka yang beli majalah MIDI. Kalau melanggan MIDI selama enam bulan atau setahun, lagilah hebat hadiahnya. Beli MIDI tau! :-)