Iklan Nuffnang

Isnin, 28 Februari 2011

Bicara...

BERBICARA tentang hati, semakin membuntukan. Berbicara tentang jiwa, semakin melara. Berbicara tentang emosi, semakin terasing. Berbicara tentang perasaan, semakin menekan. Kala ini, aku lebih rela bersendirian dan memenuhi ruang waktu bersama sahabatku. Mereka memberi aku semangat dan kekuatan malah lebih daripada yang aku perlukan. Tumpuanku hanya pada kerjaya dan langkah demi langkah mengejar cita-cita yang masih belum pudar keinginanku walau masa semakin berlalu. Cita-citaku, walau masih jauh namun aku tahu perkara itu tetap ada di sana, dan boleh kugapai. Untuk apa mengejar sesuatu yang ego dan tidak pasti sedangkan yang cita-cita aku sudah ada di sana, hanya menunggu untuk aku usahakan. Masa tetap berlalu dan aku kini tenggelam dalam aliran sungai semangat yang akan membawa aku ke muara kegembiraan. Batuan semangat akan kucari di dasar sungai...

Ahad, 20 Februari 2011

Hari Jadi Aleeya Nuha & Izzah Hazeerah

SABTU, aku pergi ke Bandar Seri Putra sebab nak raikan anak saudara yang comel-comel ni sambut hari jadi. Ini semua hari jadi yang dah lepas tapi baru nak sambut. Kiranya macam belated birthdaylah. Aleeya 28 Disember, Izzah 16 Februari. Hehe, sian kakak, sambut lambat ek birthday. Baju kuning yang Izzah pakai tu ialah hadiah hari jadi daripada aku. Dapat je baju tu terus pakai. Baju tu lengkap dengan seluar warna kelabu. Comel... Hadiah kakak pula ialah baju tidur gambar Barbie.


Dari kiri, belakang: Non, Suzi dan aku. Depan: Izzah dan Aleeya. Inilah kek kegemaran keluarga adik aku ni iaitu Chocolate Indulgence daripada Sercet Recipe.

Hari tu makan ayam bakar, udang bakar dan jagung bakar. Ada juga spagetti. Erm... tima kasih tuan rumah. Dan selamat hari jadi untuk Aleeya Nuha dan Izzah Hazeerah.

Jumaat, 18 Februari 2011

Pejabat baru, tempat baru, suasana baru

SEMALAM, secara rasminya aku dan team editorial MIDI telah berpindah ke bangunan pejabat baru. Walaupun penat mengangkut barang dari bangunan lama, kami semua seronok. Aku dah angkat barang sikit demi sikit dengan Suzi sejak minggu lepas. Pada hari terakhir tarikh perpindahan, barang dah tak banyak. Barang-barang berat aku masukkan dalam kotak untuk diangkat oleh pekerja yang ditugaskan mengangkat barang. Dari kejauhan, aku ucapkan terima kasih kepada abang-abang yang membantu kami wanita-wanita 'lemah' ini angkat barang. Nampaknya berlori-lori juga yang diangkat. Aku punya hanya satu kotak saja. Maklumlah, aku ni baru bekerja di sini setahun enam bulan. Warga kerja yang lain dah kerja di sini sejak muda sampai ada yang dah nak pencen, haruslah barang diorang banyak!
Bangunan baru pejabat ni memang nampak gah. Dari jalan besar Persiaran Selangor dah boleh nampak tulisan ungu di dinding putih bangunan pejabat ini yang tertulis Kumpulan Media Karangkraf. Sebagai warga kerja, aku rasa sangat kagum. Mula-mula masuk dulu bangunan ni nampak usang sangat. Setelah diubah suai, siapa sangka bangunan inilah tempat kami bahagian editorial akan bertugas. Haha, aku sungguh tak sangka.
Bangunan ini menempatkan ruang tugas editorial majalah, grafik, bilik pihak pengurusan, studio, toko buku dan auditorium. Memang luas sangat dan aku sungguh selesa di sini. Apatah lagi meja aku terletak di bahagian tepi tingkap menghadap tempat parkir kereta yang luas terbentang saujana mata memandang. Tak terkira betapa bersyukurnya aku kerana dapat berkhidmat di sini. Selesa, bahagia, murah rezeki dan gembira.... :-)


Inilah meja baru aku. Lokasi baik punya. Tepi tingkap menghadap tempat parkir. Bestnya. Elok sangat untuk seorang penulis seperti aku. Idea datang mencurah-curah. Hahaha...


Inilah ruang pejabat. Besar, kan? Selesa untuk staff yang ramai.

Jumaat, 4 Februari 2011

Ketawa Ceriakan Hidup...

OH... sudah lama aku tidak ketawa begini. Hilang rasanya segala kekusutan dalam kepala. Tak ingat segala masalah yang sentiasa berlegar-legar di fikiran. Terima kasih kepada jurugambar yang sempat merakamkan gambar aku ni. Terima kasihlah sesangat. Tak ingat kenapa aku boleh tertawa begini. Nampak macam happy je, kan? Oh hati, gembiralah sentiasa.... Tengok gambar ni pun aku dah boleh senyum-senyum sendiri.

Karnival Karangkraf 2011

ALHAMDULILLAH. Selesai sudah majlis Karnival Karangkraf selama tiga hari bermula 28 Januari hingga 30 Januari lalu. Memang sangat penat tapi puas hati apabila tengok majalah laris dibeli. Paling seronok semua stok majalah MIDI isu 1 Februari habis dijual tepat jam 6 petang Ahad, 30 Januari. Walaupun hujan turun tak henti-henti tapi pembeli tetap ramai. Kagum sungguh aku dengan semangat pembaca MIDI yang sanggup datang nak beli majalah daripada isu-isu lepas yang mereka tertinggal dapatkan dari kedai. Aku juga gembira dapat berkongsi hadiah daripada penaja dengan pembeli MIDI. Seronok tak beli majalah dan boleh dapat hadiah dalam satu masa? Seronok, kan?
Ada pembaca yang tanya kepada kami siapakah gerangannya penulis yang menggunakan nama samaran Duda Hangat. Haha, kalau nak tahu kenalah baca MIDI selalu sebab aku pasti Duda Hangat tu akan tonjolkan juga dirinya. Semasa karnival tempoh hari pun dia ada di booth MIDI yang dikongsi dengan majalah Rapi dan Pa&Ma. Tak kurang juga pembaca yang ingin bertemu dengan kolumnis MIDI iaitu Jalil Ali yang menulis untuk ruangan Diari Suami. Ternyata MIDI memang ada pengikutnya tersendiri....
Booth MIDI sebelah je dengan booth I Luv Islam. Haha seronoklah aku sebab kawan-kawan ramai di I Luv Islam. Bila aku belek balik gambar yang aku ada, macam banyak gambar aku di booth I Luv Islam pulak. Kikiki....

Seronok abang ni dapat susu F&N. Aku, Kak Wa dan Ayu bertugas hari Ahad. Berkotak-kotak lagi hadiah kat belakang tu...


Kak Liza melayan pengunjung yang tak henti-henti datang di booth MIDI.


Aku dengan majalah I Luv Islam.




Kak Wa dan Kak Liza pun join sekali posing di booth I Luv Islam.