Iklan Nuffnang

Jumaat, 14 Januari 2011

Filem Khurafat: Pergilah tengok! Memang best!

MALAM tadi aku tengok filem Khurafat kat GSC MidValley Megamall. Sepanjang filem tu memang tak senang duduk. Apa yang boleh aku katakan ialah filem tu memang best. Cukup lengkaplah segala teori filem seram yang pernah aku belajar masa kat UiTM dulu. Menakutkan, tidak meloyakan, tak ada jeritan-jeritan yang membingitkan telinga dan tak ada perkara-perkara tak masuk akal. Scene paling aku suka ialah masa van jenazah masuk gaung. Scene masa watak Anna main-main dengan pisau pun seram gak. Fuh... minah tu punya frust memang dahsyat sampai sanggup buat perkara yang menyeramkan. Mula-mula aku terfikir jugak, apasal minah ni frust sangat kat Johan sampai macam ni ya? Teruk betul frust dia bila Johan kahwin dengan Aishah. Rupa-rupanya minah tu dah kena guna-guna. Isk...
Aku rasa filem ni ialah filem seram yang sangat best sebab aku sebagai penonton tak boleh nak agak peristiwa seterusnya. Macam filem-filem lain, aku selalu dah boleh agak apa benda yang jadi selepas itu. Kadang-kadang dialog pelakon pun aku boleh agak apa yang akan watak tu akan ucapkan.
Filem Khurafat ni kita kena tengok sampai habis barulah segala persoalan akan terlerai. Dalam citer ni, benda yang aku nak tahu sangat ialah siapa watak mak cik cleaner tu, hantu apa yang mengganggu Johan dan Aishah dan siapalah yang melakukan khurafat yang menjadi tema kepada filem ini.
Mula-mula aku ingat Aishah yang melakukan guna-guna untuk mendapatkan Johan. Puas aku tengok memek muka Aishah lakonan Liyana Jasmay. Sebab dari memek muka kita boleh tahu jahat atau baik watak itu. Akhirnya barulah aku tahu siapa yang buat guna-guna tu dan siapakah jenazah yang Johan iringi pada scene mula-mula filem Khurafat ni. Isk... memang tak sangka sekali jalan cerita filem Khurafat ini sebegini. Bagi aku, inilah filem Melayu bergenre seram yang best dalam era baru. Bila Johan angkat mayat Anna masa kat gaung tu, aku fikir apasal la mamat ni sampai sanggup nak angkat mayat tu. Dah jatuh gaung biarkan je lah. Oh rupa-rupanya ada sebab kenapa dia buat macam tu. Perjanjian syaitan rupa-rupanya. Kenalah jaga mayat tu sampai kesudah. Tahniah kepada Shamsul Yusuf.
Wartawan hiburan kat pejabat aku yang berpeluang tengok tayangan promosi dulu cakap filem ni best. Diorang bercerita tapi aku taknak dengar. Aku nak tengok sendiri. Aku ni memang suka tengok filem sama ada filem luar atau filem tempatan. Sebelum tengok Khurafat, aku dah pergi tengok filem Ngangkung dan Hantu Mak Limah Balik Rumah. Kedua-dua filem ni citer seram komidi. Filem Ngangkung aku agak frust sikit sebab aku nak tengok watak Shaiezy Sam buat lawak tapi dalam filem tu dia tak lawak. Filem Hantu Mak Limah Balik Rumah aku suka. Kelakar. Tapi entahlah audio dia aku tak puas sebab tak berapa dengar. Tak tahu memang filem tu ada masalah audio atau panggung tu yang ada masalah audio. Akhir kata, sokonglah filem Melayu, jangan beli DVD cetak rompak. Penat tau buat filem ni, korang senang-senang je beli yang cetak rompak.

Jumaat, 7 Januari 2011

Budi Setahun Segunung Intan

Jangan cik adiklah sayang rindukan bulan
Bulanlah tinggi cik adik jauh di awan
Orang jauh jangan rindu
Orang yang dekat dengarkan teman

Teman dicari cik adik bergurau senda
Tidur sebantal cik adik sanggul berbunga
Kasih sayang hamba sembah
Sirih dikapur tanda mesra

Sirih sekapurlah abang berseri muka
Bunga setangkai cik abang penyambut kata
Kalau tuan sayang hamba tidaklah padi berusang hampa

Takkan berusanglah abang padi di ladang
Takkanlah terbang hai abang pipit di ladang
Kekasih rindu dikenang
Budi setahun segunung intan

Isnin, 3 Januari 2011

Ke Putrajaya

HARI ni aku ke Putrajaya. Secara spesifiknya ialah ke Presint 1 iaitu di Tasik Cruise Putrajaya. Aku interview tiga wanita berusia MIDI yang masih cantik dan mengamalkan gaya hidup sihat. Walaupun sudah berusia MIDI dan ada anak empat orang, namun badan masih langsing. Kalah, mak! Pergi dalam keadaan hujan lebat. Memandu dalam keadaan tak berapa jelas. So, bawak kereta pun perlahan yang amat. Nasib baik bertolak awal dan jalan tak sesak. Sampai tepat pada masanya. Ketiga-tiga wanita ini disolekkan oleh Zul Bastari. Meletup... memang dah cantik kakak-kakak tu bertambahlah manis. Selepas selesai bertugas, kami dijamu minum petang. Juga diajak naik kapal. Namun atas desakan masa, aku terpaksa menolak dengan baik pelawaan itu. Oh, sapa tak nak naik kapal tu. Kapal akan berlayar dalam tempoh 45 minit. Agak lama. Kalaulah hujung minggu tugasan ni, harus aku dah naik kapal tu. Lain kalilah ya....

Ahad, 2 Januari 2011

'Jalan-Jalan' Di Highland Tower Bukit Antarabangsa

HARI ini ialah hari kedua dalam tahun 2011. Huhu, macam tak sangka je dah masuk ke tahun baru. Masa pantas berlalu. Hari ni aku ada tugasan di satu lokasi yang aku tak pernah terfikir untuk aku kunjungi. Masa aku di UiTM dulu, ada juga kawan-kawan sekelas ajak aku ke sini. Kata diorang saja-saja nak tengok dan nak rasa emosi apabila berada di kawasan ni, apatah lagi malam. Oh masa tu aku tak rasa nak ikut pun apabila diorang ajak. Aku cakap pada diorang, kalau korang nak pergi, korang pergilah. Aku tak akan ikut.
Tapi pada hari ni hendak tak hendak, aku kena pergi juga. Apatah lagi orang yang aku nak interview tu tak mahu bertemu di rumahnya. Dia mahu berjumpa di lokasi tragedi. Ha.... tragedi apa? Tragedi yang dimaksudkan ialah kejadian tumbangnya bangunan Highland Tower di Bukit Antarabangsa. Selepas lebih 10 tahun kejadian itu berlaku, kini pada 2 Januari 2011, aku berada di sana. Melihat, meneroka dan mengalami sendiri suasana di sana. Pertama kali sampai, aku dapat lihat dengan jelas dua bangunan yang masih kukuh berada di situ tetapi suasananya amat suram. Bangunan dipenuhi kulat dan semak-samun. Sayu. Itu bukan rumah aku tetapi aku dapat rasai kesayuannya. Bagaimana rasanya ya bagi tuan rumah yang terpaksa meninggalkan rumah mereka dalam keadaan begitu?
Inilah keistimewaan kerja aku. Aku berpeluang melihat pelbagai kejadian yang berlaku di sekeliling dunia ini. Disebabkan tugas, aku terpaksa pergi ke tempat yang aku rasa seram nak jejakkan kaki. Namun aku bersyukur kerana jika aku bukan seorang wartawan, aku tentu tak akan pergi melihat bekas tapak bangunan yang pernah menjadi bualan seluruh tanah air pada satu masa dahulu kerana perasaan takut. Disebabkan kerja, aku kena pergi dan berkongsi kisah dengan mereka yang satu masa dulu bertugas di lokasi kejadian.