Iklan Nuffnang

Selasa, 27 September 2011

Cermin Depan Kereta Aku Pecah

INI kisah minggu lepas. Aku ingat lagi waktu tu balik dari Shah Alam tengok bola kat kedai mamak. Malaysia lawan Jepun. Di Lebuhraya Persekutuan tiba-tiba cermin kereta aku meletup lalu retak beribu-ribu. Nasib baik tak berderai. Cermin ni cermin original dan ada dua lapisan. Selama 12 tahun pakai kereta ni, inilah kali pertama cermin ni pecah. Nak kata kena batu, takde pulak batu atau apa-apa benda yang keras kena kat cermin tu. Tiba-tiba je bunyi meletup dan cermin tu terus retak.
Masa tu aku rasa aku kat area pusat beli-belah Empire Gallery. Aku pandu kereta perlahan-lahan sampailah aku rasa cermin tu dah semakin retak seribu dan dah rasa habuk-habuk halus semakin banyak sampai macam pedih mata aku. Masa tu aku dah sampai kat Amcorp Mall. Suzi telefon abang dia dan abang dia nasihatkan supaya jangan bawa dah kereta tu. Kena pecahkan cermin tu dulu dan bersihkan kaca baru boleh jalan. Dia kata habuk cermin tu bahaya. Kereta punyalah banyak. Aku kalau bab-bab kereta rosak tepi jalan ni memanglah benda yang paling aku menyampah sekali. Jadi, semua Suzi uruskan. Dia telefon sana sini. Aku cuma berdiri, mengharapkan ada orang datang membantu dan aku boleh balik ke rumah, mandi dan berehat. Kesimpulannya... ini ialah pengalaman tak best nak dikenang!

Tiada ulasan: