Selamat Hari Raya...


KALI ini entri adalah pasal raya. Mood raya untuk tahun 2011 dah sampai ke kemuncaknya sebab hari ini adalah hari terakhir aku kerja sebelum bercuti selama 11 hari bersempena sambutan Aidilfitri. Barang-barang yang nak dibawa balik ke kampung semua dah ada cuma belum sempat nak packing je. Baju Melayu untuk abah, kain pelikat untuk abah, baju Melayu untuk Azam, baju Melayu untuk Atiq, baju kurung untuk mama dan kuih raya semua dah ada.
Tahun ni aku tak buat kuih raya seperti mana tahun lepas. Tak tahulah kenapa tapi memang tak berkesempatan nak buat. Letih satu macam la bulan puasa tahun ni. Tahun ni jugak aku jarang masak untuk buka puasa. Kalau masak pun simple-simple je. Tahun lepas lagi meriah rasanya. Kalau buka kat rumah pun, beli kat bazar Ramadan.
Secara peribadi, aku rasa Ramadan tahun ni cepat sungguh berlalu. Rasa macam baru je beberapa hari puasa tapi rupa-rupanya Ramadan dah hampir sampai ke kemuncaknya. Cepat sungguh.
Sebelum bercuti esok, aku dah siapkan semua kerja. Dah beres semuanya. Tapi aku tahu, kerja yang menunggu selepas bercuti nanti memang menimbun. Sikit-sikit aku cuba juga nak buat kerja untuk selepas raya tu tapi tak boleh. Sebab mood nak bercuti dan nak beraya ni membuak-buak. Sudahnya, aku cuma siapkan kerja yang perlu disiapkan sahaja. Yang selebihnya biarlah aku hadapi selepas bercuti.
Akhir sekali, untuk mama dan abah, Yam minta maaf banyak-banyak kalau ada buat salah. Untuk adik-adik aku iaitu Sita, Non, Atiq, Tiqah, Jiha dan Azam, selamat hari raya. Nak duit raya, kena salam peluk cium dan nagis-nangis dulu tau. Untuk anak sedara aku, Nuha, Izzah dan Aunee, chumel-chumel sangat korang ni. Untuk Suzi dan Anis, salam lebaran untuk kamoo berdua. Untuk pembaca blog aku yang terbabas ke sini, selamat hari raya untuk anda. Dan untuk 'pengintai' yang suka baca blog aku, selamat hari raya, teruskan mengintai ye.... kita suka!

Catat Ulasan

1 Ulasan

Oh Ibuuu berkata…
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin k.yam.. hati2 di jalanraya ye.. wahh syoknya cuti lama :)