Iklan Nuffnang

Jumaat, 31 Disember 2010

31 Disember 2010

OH hari ni ialah hari terakhir dalam tahun 2010. Isk... sedih pulak. Macam belum bersedia untuk melangkah ke tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Entahlah, masih banyak benda yang belum tercapai walau usia semakin lama semakin tua. Kini apabila setelah setahun lebih aku menjadi wartawan majalah MIDI, aku semakin sedar bahawa peningkatan usia adalah antara perkara yang sangat mempengaruhi kehidupan seseorang. Ada yang gembira dengan peningkatan usia. Di sebaliknya pula, ada yang sukar menerima peningkatan usia. Bimbang, takut, risau dan pelbagai lagi emosi negatif menyelubungi mereka.
Ketika aku berbual bersama mereka dan bertanya mengenai peningkatan usia, mereka kata mereka bangga dengan usia yang mulai masuk era MIDI namun di sebaliknya mereka bimbang. Bagi yang dah berkahwin, mereka bimbang hilang kasih sayang suami. Walaupun pengalaman melayari kehidupan bertambah pada setiap tahun mereka tetap bimbang. Ternyata persediaan mental sangat perlu untuk melayari kehidupan pada masa akan datang. Sebab itulah ada ramai yang tidak mahu masuk majalah MIDI kerana tidak mahu mengaku usia mereka yang sudahpun menjengah usia MIDI. Aku hormati keputusan mereka.
Bagi diri aku sendiri, peningkatan usia sedikit sebanyak menggerunkan juga. Kata orang, janganlah fikir sangat pasal umur sebab nanti kau akan nampak tua. Oh, aku memang selalu fikir pasal umur yang makin meningkat ni sedangkan masih banyak yang nak dibuat. Macam tak cukup masa je. Masa tak tunggu kita malah kitalah yang kena kejar masa. Walau apapun, esok dah masuk tahun baru. Selamat datang 2011, walaupun aku bagai tak sedia lagi untuk menginjak ke tahun baru yang membawa maksud usiaku bakal naik satu anak tangga lagi. Oh tidak...

Isnin, 27 Disember 2010

Hari Jadi Aleeya Nuha

HARI ini genaplah anak saudaraku yang sulung berusia tujuh tahun. Selamat hari jadi buat Siti Aleeya Nuha. Semoga menjadi kanak-kanak yang cerdik dan menghormati orang tua. Belajar rajin-rajin ya. Jaga adik baik-baik. Happy birthday to you... :-)

Sabtu, 25 Disember 2010

Mencari Mimpi

Sepanjang perjalanan meniti kehidupan
Kucari mimpi-mimpi tak pernah kutemui
Umpama pengembara kuhadapi segalanya
Walau sering terkecewa

Sekali kumelangkah
Akan kuteruskan melangkah
Biarpun kusedari kumeniti pelangi
Kerana keindahan warnanya mempesona
Kelabu pandangan mata

Lingkungan warna-warna indah biar seketika
Pelangi-pelangi yang indah mengasyikkan
Sejenak kubiarkan diri melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah, sia-sia
Seumpama pengembara terpedaya
Kerana mimpi hanya mimpi

Lagu: Manan Ngah
Lirik: Habsah Hassan
Penyanyi: Azlina Aziz

Khamis, 23 Disember 2010

Jia - 8A PMR 2010

Ini adik aku yang nombor enam. Siti Najihah Elias. Kitorang panggil dia Jia atau ada gak kakak-kakak dia yang panggil dia Nget. Tak tahulah macam mana leh panggil dia Nget. Dulu masa kartun Dragon Ball tengah hangat, kitorang panggil dia Jiang Jia Atuk Jiang. Sebab ada satu watak mahaguru kat dalam kartun tu nama macam tu. Heheheh. Hari ni mesti dianggap istimewa bagi Jia dan keluarga kami sebab dia dapat 8A untuk PMR. Jia sekolah di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, Johor.

TAHNIAH JIA....

Isnin, 20 Disember 2010

Cuti-Cuti Di Thistle

YEHA... akhirnya impian tercapai jua. Impian kami bertiga nak bercuti rehat seketika. Tidaklah jauh sampai kena naik kapal terbang atau naik bot merentas lautan. Hanya perjalanan sejam lebih dengan kereta sahaja. Tak jauh, hanya di Port Dickson je. Cukuplah untuk merehatkan minda.



Inilah tugu di hadapan laluan untuk ke Hotel Thistle. Bertaraf lima bintang dan sungguh selesa sekali... wajah-wajah kami yang ceria... Aku kat belakang makan coklat. Apa lagi kalau bukan Cabdury...



Dah nak sampai di hotel, baru aku perasan yang aku lupa bawa selipar. Takkan nak ke sana ke mari pakai kasut kot. Singgah sekejap di Teluk Kemang beli selipar. Cantik tak? RM10 je. Ini pula pemandangan dari lobi yang terletak di tingkat 1. Cantikkan kolam renang ni.


Check in jam 3 petang tapi jam 2 petang kami dan sampai. Aku daftar dulu dan kemudian ambil gambar di lobi yang menghadap terus ke kolam renang. Belakang kolam renang tu pantai. Hotel ni ada private beach.


Takkanlah Anis dan Suzi je nak posing. Aku pun nak juga. Gambar sebelah ialah katil. Kami ambil bilik jenis Deluxe King Sea View. Besar katil ni. Kami bertiga yang berbadan sesedap rasa ni boleh tidur dengan selesa sekali. Tak caya? Tengok gambar bawah.


Besar kan katil ni.....


Masa untuk makan malam. Disebabkan resort ni terlalu best, kami tak berhajat untuk makan di luar. Kami makan di restoran yang terletak di tepi kolam renang. Restoran Fresh. Gambar sebelah tu ialah air Iced Lemon Tea; aku punya, Cappucino; Suzi punya dan Fresh Orange Without Ice, Anis punya. Aku makan nasi goreng special.


Anis makan salmon. Suzi pula makan Beef Burger. Makan malam kami di sini harganya RM139++.


Jemput minum....



Sebelum balik, kami sempat singgah di depan tugu ni untuk bergambar.
Anis dan Suzi, Suzi dan aku.... :-) Sahabat sejati sampai mati...

Anis dan Yam... dan inilah kami bertiga yang sentiasa ceria dan berkongsi detik pahit manis tanpa mengira masa... sayang kamu semua... :-)
Next vacation ke mana kita darling?? Adakah ke PD lagi? Tempat lainlah pulak yek... please...


Khamis, 16 Disember 2010

Pose Di Kenduri Kahwin

MINGGU lepas, aku dan teman sepejabat memenuhi jemputan bos ke majlis perkahwinan anak perempuannya. Majlis berlangsung meriah di Hotel De Palma Shah Alam. Aku berkunjung ke sana lebih kurang jam 2.30 petang. Tetamu ramai sangat tetapi kami masih sempat bergambar sakan. Hehehe... lihatlah pose-pose kami yang masih bergelar anak dara. Ya, aku masih dara. Macam tajuk filem terbaru Ahmad Idham.




Aku bersama dua sahabat...

Permata Hatiku


Inilah dia permata hatiku. Tiga budak bucuk yang keletah dan bucuk wangi.
Rindu kamu semua.... ;-)

Rabu, 15 Disember 2010

Dia Dan Motor

HAHAHA. Ini entri tak tahu nak tulis apa sebenarnya. Belek-belek telefon bimbit, nampak pula gambar Suzi sedang cuba-cuba naik motor skuter. Eh motor ni jenis skuter ke? Aku tak tahu sangatlah jenis-jenis motor ni. Yang penting motor ni saiznya agak besar. Rasa macam selesa je kalau nak pusing-pusing naik motor ni. Apabila tengok gambar ni teringat lak masa Suzi jadi minah rempit naik motor masa belajar kat UiTM dulu. Haha, Suzi, harap ko happy ye dengan entri ni. Satu lagi nak pesan kat pembaca blog ni di luar sana: Ejaan motosikal ialah m.o.t.o.s.i.k.a.l ya. Bukannya motorsikal. Jangan memandai nak selit 'R' kat situ. Sakit jugalah mata tengok ejaan MOTORSIKAL yang terpampang di papan tanda di jalan raya dan lebuh raya. Siapalah agaknya yang mengeja tu ya?

Ahad, 12 Disember 2010

Bersama Adik-Adik Yang Semakin Remaja


YEAH... gambar terkini aku bersama dua adik perempuanku yang tersayang. Gadis berbaju coklat corak bunga tu namanya Tiqah. Usianya 20 tahun. Bakal guru Bahasa Melayu yang khusus untuk pelajar bermasalah dalam pembelajaran. Sekarang menuntut di sebuah maktab di Melaka. Yang berbaju jingga tu pula Jiha. Baru lepas PMR dan bersekolah di MRSM Pontian. Semoga berjaya dalam pengajian masing-masing ya.
Gambar ni diambil di rumah Sita. Aku datang ke rumah dia petang tadi sebab nak hantar borang tuntutan atau dalam bahasa Inggerisnya claim form. Terima kasih untuk minum petang tadi ek. Dah besar-besar adik aku; tapi Tiqah... kau tetap pendek!