Iklan Nuffnang

Khamis, 18 November 2010

Buletin Utama - KWSP Potong 11% Tahun Depan

AKU tengok Buletin Utama tadi. Berita tu kata mulai tahun depan (2011) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan potong 11 peratus daripada gaji. Sekarang ni potong kurang daripada itu. Majikan pula kekal bayar caruman 12 peratus daripada gaji pekerja. Kalau nak ikutkan, 11 peratus tu banyak jugak tu. Aku selalu simpan untuk kecemasan cuma lima peratus je. Hahaha. Harap-harap aku sempatlah merasa duit yang aku simpan dalam KWSP yang telah lama aku simpan tu. Kalau takde KWSP kan, aku rasa memang rata-rata rakyat Malaysia ni takde simpanan. Berapa keratlah sangat yang akan simpan duit gaji diorang? Selalunya dapat gaji je habis bayar itu, bayar ini, belanja itu, belanja ini. Doalah umur panjang dan boleh rasa duit KWSP apabila umur cecah 50 tahun nanti. Amin...

Rabu, 17 November 2010

Atuk Pergi Buat Selamanya

JAM 2.40 petang, aku dapat panggilan daripada Tiqah yang menyatakan atuk Bakron telah tiada lagi. Ketika itu aku dalam kereta di Tasik Ampang Hilir. Ketika itu hujan lebat. Aku duduk dalam kereta sebab menunggu seseorang untuk diinterview mengenai persatuan ibu tunggal. Temu janji sepatutnya jam 2 petang dan aku telah sampai tepat jam 2 petang. Orang itu agak lambat sebab dia ada mesyuarat bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Dia telah memaklumkan kepadaku yang dia mungkin agak lewat.
Mendengar berita daripada Tiqah, aku sangat sedih kerana sudah lama benar aku tidak bertemu dengan atuk. Terkilan, menyesal dan sedih bercampur baur. Raya Puasa lepas pun aku tak melawat atuk. Rasa berdosa menyesak dalam kepalaku. Tanpa dipaksa, air mata mengalir. Oh atuk dah tak ada...
Tidak lama kemudian, kakak yang aku nak interview tu telefon aku dan bagitahu dia dalam perjalanan. Jurugambar pula telefon aku kata dia sesat. Aku dah bagi peta dah pada dia pagi tadi tapi dia sesat juga. Selepas kakak tu sampai, aku pun interview dulu dan jam 4 petang baru jurugambar sampai. Sesi interview dan bergambar selesai tepat jam 6 petang dan aku bergegas pulang ke rumah. Dalam masa yang sama aku berkira-kira cara paling baik untuk pulang ke kampung. Naik Kancil? Oh tidak, aku tidak mahu kejadian balik Raya Puasa lepas berlaku lagi. Dahlah malam-malam ni. Jangan cari pasal. Terus terfikir, patutkah aku beli kereta baru? Susah juga jika berlaku kes-kes kecemasan macam ni. Nak jalan malam bimbang sangat-sangat entah apa berlaku kat kereta. Dibuatnya jadi macam raya lepas, adui tak sanggup.
Nak beli kereta ke? Oh rasa macam masih belum mampu sebab sekarang ni bayar dua biji rumah. Sakitnya terasa juga. Rumah, maintainance rumah, bil itu, bil ini, semuanya menuntut kos yang orang kata cukup-cukup makan. Tunggulah pindah ke rumah baru kemudian ada student sewa rumah lama ni barulah boleh fikir pasal nak beli kereta baru.
Dalam aku bersiap, adik aku SMS kata jenazah atuk dah dibawa ke tanah perkuburan. Oh semakin sayu hati aku. Terasa jauhnya KL dengan Johor....

Isnin, 15 November 2010

Akan Kujumpa

Kumengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayang-Mu
Langit dan bumi setia menemaniku

Matahari menyinar
Tak pernah berpihak padaku
Kukepanasan tanpa perlindungan-Mu

Hari berganti hari
Aku masih teguh menanti
Hadir diri-Mu dalam hidupku ini

Rasa kecewa ada
Bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kaukan kutemui

Kutakkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang kutahu hanya tuk diriku
Kanku terus cari sampai hujung dunia
Kerna kutahu akanku jumpa diri-Mu
Dan kukan terus menempuh
Mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman kuberi hanya duka
Bila ingin teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi
Bila langkahku cuba untuk mengejar diri-Mu

Lagu: Isma Yusoof & Pam Yuen
Lirik: Isma Yusoof
Nyanyian: Azfar

Isnin, 8 November 2010

Tahun Baru Muharam dan Januari

DIAM tak diam sudah masuk bulan November. Tak sampai 100 hari lagi dah nak masuk tahun 2011. Ketika saat-saat macam ni selalunya aku akan melihat kembali apakah kejayaan yang telah dicapai dan apakah impian yang masih lagi susah nak dicapai. Apabila disenaraikan, alhamdulillah seimbang. Maksudnya 50-50 lah antara kejayaan dan impian yang masih tinggal impian.
Setelah lebih setahun di tempat kerja ini aku juga bersyukur banyak perubahan dalam hidup. Pendapatan bulanan sebagai orang yang bekerja makan gaji mencukupi untuk menyara hidup diri sendiri dan membantu keluarga mana yang patut. Walaupun gaji tidak sebesar orang lain, tapi tidaklah sekecil sesetengah individu yang menerima gaji tahap SPM walaupun mempunyai segulung ijazah. Aku bersyukur.
Walaupun masih memandu kereta lama, aku juga tetap bersyukur. Aku masih belum berpeluang memandu kereta baru, kereta impian Nissan Latio Sport. Lagipun kereta sedia ada masih elok. Kikiki (nak sedapkan hati). Bersyukur kerana ada tempat tinggal yang selesa.
Aku juga bersyukur ada sahabat baik yang sangat memahami iaitu Suzi dan Anis. Juga gembira dikurniakan keluarga yang sangat memahami dan tidak pernah memaksa aku dalam perihal jodoh (huhu).
Ya, aku bersyukur sangat-sangat dalam apa jua yang aku terima dalam hidup ini. Kalau kita tak bersyukur, itulah jadinya manusia sentiasa tidak pernah puas dan selalu menyalahkan takdir jika berlaku perkara yang tidak diingini. Tak sabar rasanya nak mengucapkan selamat datang kepada Awal Muharam 1432 pada pada 7 Disember nanti serta kehadiran 1 Januari 2011 nanti.