Iklan Nuffnang

Isnin, 26 Julai 2010

Cubaan Kali Kedua - Biskut Batik

SEMALAM cuba lagi buat biskut batik sebab bahan-bahan dah sedia ada di dapur. Malam ni balik dari pejabat, lepas mandi teringat pada biskut batik yang sedia ada dalam peti sejuk. Dengan penuh semangat dan harapan aku membuka Tupperware. Harapan aku ialah hendak melihat kejayaan membuat biskut batik berbanding cubaan kali pertama dulu. Dulu lembik... berhari-hari letak dalam tempat pembeku, biskut bati aku tetap tegar tidak mahu keras. Kali ini.... ya apa anda semua agak? Adakah aku berjaya membuat biskut batik aku keras dan enak? Jawapannya ialah. TIDAK. Biskut batik aku tetap cair... Isk apa puncanya ya?

Rabu, 21 Julai 2010

Kursus Take Charge!

SEMALAM, Selasa. Aku dan beberapa lagi kakitangan Kumpulan Media Karangkraf menghadiri kursus Take Charge di unit latihan. Aku ni memang dianugerahkan oleh Tuhan dengan minat mendengar ceramah, hadir bengkel, dengar syarahan dan yang seumpamanya. Seronok sangat kursus ni dan aku sarankan kepada semua orang yang baca blog aku ni supaya pergi hadir kursus ni. Kalau ikut kemampuan kewangan, memang aku tak mampu nak pergi kursus macam dengan duit sendiri. Samalah macam kursus ESQ. Mahal tetapi sangat-sangat-sangat berbaloi. Begitulah juga dengan kursus Take Charge ni. Aku berterima kasih kepada syarikat tempat aku kerja kerana memberi peluang dan membuka peluang kepada aku untuk hadir ke kursus sebegini. Alhamdulillah...
Kursus ini mampu membuka minda aku supaya lebih PEKA. Selama ini mungkin aku rasa aku peka dengan segala benda yang berlaku di sekelilingku. Namun sebenarnya aku tidak begitu. Aku mungkin peka dengan benda yang besar-besar seperti kejatuhan mata wang, pertukaran CEO syarikat besar, penurunan subsidi minyak, kenaikan harga gula, artis itu kahwin dengan artis ini dan sebagainya. Namun aku tidak peka dengan perkara kecil atau remeh yang sebenarnya boleh membawa kesan besar dalam hidup. Banyak contoh yang boleh disenaraikan di sini tetapi dengarlah sendiri dalam kursus Take Charge kerana mungkin perkara yang aku tidak peka itu sama dengan perkara yang anda semua tidak peka. Memanglah kita tidak boleh menjadi sempurna kerana sempurna itu hanya untuk Allah. Namun, belajarlah untuk menjadi cemerlang. Insya-Allah.

Sabtu, 17 Julai 2010

Masak pagi Sabtu

SABTU. Aku sorang kat rumah sebab Suzi pergi pejabat siapkan kerja yang masih berbaki. Aku kerja malam. Jadi siang ni bolehlah rehat luruskan badan kat rumah. Malam tadi pun balik rumah dah lewat malam. Tak makan, tak minum terus tidur. Letih. Pagi ni bangun jam 9 pagi perut terus berkeroncong. Aku memang nakkk sangat makan nasi sebab dah berhari-hari aku 'lupa' nak jamah nasi. Kihkihkih. Boleh gitu? Lupa nak makan nasi. Aku pun tak ingat apa yang aku makan sepanjang minggu lepas. Rasanya makan roti dan biskut je kot sebab itu sahaja yang tercapai dek tangan. Yang peliknya, kurusnya tidak. Oh ya, ada juga aku makan di tugasan. Tapi bukan nasi. Dan hari ini aku nak sangat makan nasi. Selepas masak nasi, aku buka peti sejuk. Oh... dah kosong. Tak ada lagi stok daging, ikan atau ayam. Belum sempat beli. Tengok sana tengok sini, ada ikan bilis, petai dan cili. Ha... jadi. Sedap sangat dah lauk tu. Nak tahu lauk apa? Tengoklah bawah ni:

Sambal Ikan Bilis Petai Bercili

Bahan-bahan:
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Petai
Cili besar dan cili padi
Kicap manis

Cara memasak:
1. Hiris bawang besar dan cili.
2. Tumbuk bawang putih.
3. Goreng ikan bilis.
4. Tumis bawang dan cili.
5. Masukkan ikan bilis dan petai.
6. Masukkan kicap.