Iklan Nuffnang

Selasa, 25 Mei 2010

Penantian Berakhir - Novel Lagenda Budak Setan

DAH dua kali aku ke Jalan TAR nak beli novel Lagenda Budak Setan karya Ahadiat Akashah. Malam tadi kemuncaknya aku pergi ke KL Sentral untuk cari novel ni di kedai buku di sana. Hampa juga. Malam Isnin hari tu pun aku cari novel ni di Suria KLCC pun hampa juga. Semalam aku call beberapa MPH di sekitar Shah Alam dan Subang, yang ada cuma di Subang Summit. Susahlah pula nak pergi. Akhirnya malam tadi aku surf internet dan jumpa laman web Roket Kertas Sdn Bhd yang terbitkan novel ni. Aku call dia dan hari ni dia call aku nak jumpa nak serah buku ni kat aku. Kitorang jumpa di depan 7 Eleven. Dapatlah novel ni. Tapi yang lagi dua novel sambungan iaitu Katerina dan Kasyah takde. Semua stok dah dihantar ke kedai buku, katanya. Jadi kalau nak kenalah beli di kedai buku. Aku rasa ini semua penangan filem adaptasi novel ni Lagenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani. Disebabkan filem ni, maka orang kembali mengimbau kenangan zaman dulu-dulu. Samalah macam aku. Disebabkan filem ni, aku kembali menjajau mencari novel ni (yang dulu pernah aku miliki tapi lesap dipinjam tak dipulangkan). Aku baca novel ni masa aku muda-muda dulu. Dah lupa jalan ceritanya. OK... nak tenggelam jap baca novel ni. Hahaha, novel Cinta Sang Ratu tak habis baca, dah nak baca novel ni pulak.... adui. ---> Teringat Farid Kamil pakai baju kurung lengkap bertudung pergi kelas masa kitorang sama-sama belajar kat UiTM dulu. Katanya nak sahut cabaran seseorang yang mencabarnya hayati watak apa entah. Aku pun dah lupa. Ko memang best Farid!

Isnin, 24 Mei 2010

Jalan-Jalan KLCC


SEMUANYA tanpa dirancang. Malam tadi aku keluar minum kat NZ Jalan Ampang dengan Suzi dan Anis. Nak bincang-bincang pasal rancangan nak bercuti bulan Oktober nanti. Ala bukan cuti yang mantap-mantap pun. Cuti-cuti Malaysia je. Asalnya nak pergi Pulau Perhentian tapi orang kata musim hujan di Pantai Timur dan takde bot nak bawak. So, pilihlah nak ke Pulau Langkawi. Cuti stail backpacker je. Lepas dah minum dan makan, tiba-tiba mata terpandang kat KLCC yang meninggi di depan mata. Best juga kalau jalan-jalan kat situ. Dari NZ nak ke KLCC tu takde la jauh sangat. Jadi, kitorang pun jalan kaki dan aku nak ke kedai buku nak beli novel Lagenda Budak Setan. Ejaan sepatutnya legenda. Tapi novel tu dah habis. Pusing-pusing nampak Suzi kat rak buku Islamik. Wartawan I Luv Islam kenalah baca buku macam tu untuk memantapkan penulisannya, kan. Bagus Suzi. Aku belek-belek dan beli buku tajuk Malang Jika Tidak Solat. Suzi pulak beli buku pasal Rasulullah bertajuk Potret Peribadi Muhammad SAW. Lepas tu jalan-jalan kat Parkson. Beli haruman Jeanne Lanvin. Satu set ada dua botol. Satu Suzi, satu aku. Kemudian balik rumah.... esok kerja.

Roti Bakar Telur

AHAD, pagi-pagi perut dah rasa lapar. Suzi turun beli suratkhabar dan aku pun kirim beli roti. Dalam kepala dah ingat nak buat roti bakar je. Sejak merantau dulu lagi aku memang selalu buat roti bakar telur ni. Resipi orang bujang. Simple, sedap dan kenyang. Resipinya macam ni.

Bahan-bahan:
1 biji telur ayam
2 biji cili padi
2 sudu besar marjerin
2 keping roti

Cara membuat:
1) Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul bersama cili potong.
2) Masukkan satu sudu marjerin dalam kuali leper.
3) Lepas marjerin tu panas, masukkan telur yang dah dipukul dengan cili tadi.
4) Leperkan telur tu dan lipat jadi empat segi.
5) Sapu lebihan marjerin tadi atas roti dan letak atas telur.
6) Terbalikkan roti dan telur tu kemudian letakkan sekeping roti lagi atas telur yang sebelah.
7) Apabila roti dah jadi kuning kedua-dua belah, angkat. Nak sedap lagi letak mayones dan sos cili.

Jumaat, 21 Mei 2010

Minuman Berkhasiat Daripada Stem Cell Apple

HARI ni aku ada tugasan di 10 Boulevard, Petaling Jaya. Aku tak pernah datang sini. Mula-mula ingatkan dekat dengan Tropicana City. Tropicana City tu pun aku tak pernah pergi. Cari info dalam Internet, aku dapat tahu bangunan 10 Boulevard ni ialah di Kayu Ara. OK, aku dah ada petunjuk. Tugasan jam 9.30 pagi dan aku bergerak dari pejabat jam 8.40 pagi. Masuk je dalam Kancil ungu tu, aku doa supaya dipermudahkan aku mencari tempat tu. Kayu Ara tu kali terakhir aku pergi ketika sesat nak pergi buat tugasan dekorasi masa di majalah lama dulu, erm... kira-kira dua tahun lepas, zaman Kak Wan sebagai bos aku. Punyalah lama. Jalan tak berapa sesak jadi aku sampai sana tepat jam 9.20 pagi. Alhamdulillah tak sesat. Senang je aku jumpa jalan tu.
Tugasan ni ialah pasal minuman berkhasiat daripada Go Cell International Sdn Bhd yang dinamakan Go Geous. Keistimewaan minuman ni ialah sebab dibuat menggunakan stem cell apple. Epal pulak bukan sebarang epal kerana mereka hanya menggunakan epal khusus yang sangat tahan lama. Tak kecut walau sudah dipetik berbulan-bulan lamanya. Epal ni namanya pelik sikit iaitu Uttwiler Spatlauber. Hanya ada di Switzerland sahaja. Menurut beberapa testimoni, selepas minum dalam jangka masa seminggu ke atas mereka dapati rambut gugur semakin berkurangan. Selain tu ada juga yang kata sakit ketika haid hilang secara beransur-ansur. Paling disukai oleh mereka ialah rambut beruban juga sudah tiada. Maksudnya rambut yang tumbuh baru semuanya hitam belaka. Kalau ada uban pun sikit-sikit jelah. Kalau nak tahu lebih lanjut baca http://www.gocell2u.com/. Selamat mencuba! Erm... satu lagi aku nak bagitahu. Kat tugasan tadi aku dapat dua biji epal rangup yang sangat sedap, sebungkus sample produk minuman dan pendrive. Harga minuman ni ialah RM470 sekotak yang ada 30 bungkus (10gm). Sebungkus yang aku dapat tu kiranya dah berharga RM15.60 tau. Jangan main-main!

Khamis, 20 Mei 2010

Novel sedang dibaca sekarang - Cinta Sang Ratu

Kaki novel. Ya boleh dikatakan aku ni memang kaki novel. Adik-adik aku yang lelain pun sama, suka baca novel. Aku pulak suka membeli novel sebab aku tak suka novel pinjam. Sebabnya cuma satu, aku suka buat koleksi sendiri. Di mana aku menetap, di situlah novel-novel aku akan ikut serta. aku angkut semua novel yang telah aku beli sejak di sekolah menengah lagi. Aku ingat novel-novel aku yang hilang... misalnya novel Tangisan Bulan Madu (dipinjam oleh Kak Tam masa aku kerja di TMC Tampoi), novel Legenda Budak Setan (dipinjam oleh budak kelas 5K2 SDARY, tak ingat nama) dan novel Mama (dipinjam oleh Net di UiTM) tapi yang ni aku beli semula sebab cerita dia memang best.
Sekarang ni, dalam kesibukan masa bekerja, aku masih sempat membaca novel. Penulis yang aku minati ialah Ramlee Awang Mursyid. Namun aku tak boleh nak baca banyak sebab malam-malam sempat baca dalam 15 muka surat je. Lepas tu aku kena tidur untuk dapatkan tenaga esok pagi nak pergi kerja. Kalau esoknya cuti, baru leh baca sungguh-sungguh. Ada banyak novel penulis ni di rumah yang masih belum sempat aku baca. Antaranya Mandatori, Satu Janji, Hijab Sang Pencinta, ADAM, Rahsia Perindu dan Mikhail. Bila nak baca ni??? Kalau tak silap aku, Ramlee dah buat 20 novel dan novel terbarunya ialah Cinta Sufi.
Kini aku tengah dalam proses baca novel tajuk Cinta Sang Ratu. Dah berzaman dah novel ni ada di rumah. Aku ingat lagi novel ni ialah pemberian bekas bos aku iaitu Kak Ana. Terima kasih Kak Ana. Dah lama Kak Ana bagi kat saya, belum sempat saya habiskan membacanya. Ini pun baru nak bermula.
Di rumah pun ada novel yang panas di pasaran macam Nyanyian Tanjung Sepi. Sampai dah sejuk dah, aku tak sempat baca lagi. Bilalah agaknya nak membaca. Novel ni pun Sita yang punya.

Rabu, 19 Mei 2010

Walau Penat, Aiskrim Tetap Kubuat Jua...

HARI ni nak cerita pasal malam tadi. Balik kerja dalam jam 8.30 malam gitu. Tinggal kereta Suzi kat pejabat dan balik dengan kereta Anis. Kereta aku masih tersadai di Bandar Seri Putra. Entah bila nak kujenguk. Belum ada masa lagi. Kesian Kancil... dengar cerita dah kong baterinya walau baru sebulan aku tukar bateri baru. Lama sangat tak hidupkan enjin.
Sampai rumah terus mandi. Kemudian aku ke dapur tengok aiskrim buatan sendiri dan semakin sikit. Jeruk pelam yang mak Suzi bagi dari Kelantan masih ada banyak lagi. Orang Kelantan panggil jeruk pauh. Aku pun apa lagi, bersemangat terus buat aiskrim jeruk pelam tu. Dapat banyaklah jugak dalam lebih kurang 25 batang. Sedap aiskrim ni. Takde di tempat lain, hanya kat rumah aku je. Nak tahu macam mana buat? Aku bagi resipi ye... tapi mana nak dapat lagi aiskrim ni sebab jeruk pelam kalau nak beli mahal wooo. Pakai timbang. Berat 100 gram harga dah RM1.70. Sekilo RM17. Erm... kena tunggu musim pelam berbuah le nampaknya pastu tunggu mak Suzi buat jeruk.
Aiskrim Jeruk Pelam
Bahan-bahan:
1 mangkuk jeruk pelam (dikisar halus)
1 liter air masak
8 hingga 10 sudu gula pasir
1/2 mangkuk jeruk pelam
Cara membuat:
1. Kisar jeruk pelam bersama air dan gula pasir sehingga betul-betul halus.
2. Masukkan jeruk pelam ke dalam sarung plastik.
3. Masukkan bahan kisar tadi.
4. Ikat kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk dibekukan.
5. Nak sedap lagi masukkan asam boi. Tapi aku takde stok asam boi...

Isnin, 17 Mei 2010

Sekitar Karnival Karangkraf 2010

AKU saja nak masukkan gambar sekitar Karnival Karangkraf 2010 yang telah pun berlangsung pada 29 Januari hingga 1 Februari lalu. Sesungguhnya karnival ini berlangsung meriah sekali. Terima kasih kepada pengunjung yang hadir ke booth MIDI yang terletak di gerai nombor lima. Terima kasih juga kepada penaja seperti Irna Yakin Sdn Bhd, Chendrasari, Mustika Ratu dan Skinz Infinite. Ini penaja yang berjaya aku dapatkan. Banyak lagi penaja yang memberikan hadiah yang diperoleh melalui team MIDI yang lain.




Ketika membungkus hadiah.

Aku dan Anis serta Akma di booth.

Jalan-jalan di booth majalah Islamik, ada Suzi di situ...

Keadaan booth MIDI yang berkongsi dengan majalah Seri Dewi Keluarga dan Nona.

Sembang Dengan Karam Singh Walia

HARI ni aku masuk ke pejabat seperti biasa. Lepas beli karipap di kafe dengan Suzi, aku terus duduk di kerusi menghadap laptop. Lepas berdoa apa yang patut aku pun memulakan kerja. Seperti biasa kerja-kerja pagi akan dimulakan dengan semak e-mel. E-mel rasmi dan e-mel tak rasmi aku semak semuanya. Kadang-kadang e-mel urusan kerja pun ada yang diterima dalam e-mel tak rasmi, kan.
Selesai siapkan satu artikel, aku mula siapkan diri dan minda untuk keluar tugasan. Kali ini aku ada janji temu dengan hero Aduan Rakyat iaitu Karam Singh Walia di Sri Pentas Bandar Utama. Selesai bersembang dengan dia di Bilik VIP Bahagian Berita dan Hal-Ehwal Semasa, Karam Singh membawa aku dan jurugambar melawat sekitar pejabatnya. Wow best. Dapatlah aku tengok ruang tempat pembaca berita baca Buletin Utama. Di bilik suntingan pula nampak kakitangan sedang menyunting berita-berita yang bakal disiarkan. Selama ni kita seronok-seronok je tengok berita. Tak pernah tahu macam mana susahnya berita tu nak disiapkan. Hehehe, samalah dengan penerbitan majalah. Editorial, foto dan grafik tungkus-lumus siapkan bahan untuk semua pembaca membaca bahan-bahan bermutu. Jadi, kepada pembaca semua.... terima kasih kerana menyokong majalah kami. Kalau nak tahu cerita apa yang Karam Singh sembangkan dengan saya, bacalah majalah MIDI yang akan datang ya!

Ahad, 16 Mei 2010

Dua Hari Satu Malam (Port Dickson)

KALAU dengar Port Dickson, mesti orang ingat cuti-cuti Malaysia. Namun aku pergi ke Port Dickson bukanlah cuti-cuti uols... Aku pergi atas dasar tugasan. Sabtu ada majlis Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) cawangan Port Dickson. Seronok majlis ni. Ada ceramah kesihatan daripada pengasas NR Mustajab (dulu dikenali sebagai Nona Roguy), ada persembahan, pertunjukan fesyen dan cabutan bertuah. Aku ni jarang-jarang dapat cabutan bertuah tetapi petang tu nombor aku naik pulak. Bertuah sungguh. Hadiah cabutan bertuah tu kena ambil selepas majlis selesai di kaunter penyerahan hadiah. Kebetulan aku sibuk nak interview seorang responden ni. Jadi terlewat ambil. Apabila aku ke kaunter, katanya hadiah dah habis. Bukan rezeki aku nampaknya. Hari ni aku pergi ke pejabat pengerusi LKPI pula. Interview lima orang responden di sana. Lama juga sesi interview tu. Kami dihidangkan dengan nasi lemak, popia basah dan betik. Terima kasih banyak-banyak. Selain interview tu banyak juga yang kami sembangkan. Selepas selesai semuanya, kami pun bertolak ke Shah Alam. Terima kasih kepada pengerusi LKPI yang menaja penginapan kami di apartment Hotel Corus. Gambar sebelah ni ialah gambar yang diambil dari balkoni bilik apartment penginapan kami.

Birthday Azam 2010!

Tarikh 7 Mac lalu hari jadi Azam pula....
Azam Azhari sekarang dah tingkatan 1. Mula-mula belajar di Maktab Sultan Abu Bakar (English College) Johor Bahru. Kemudian dapat tawaran ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat. Sekolah dia ni hanya kira-kira 8km je dari rumah keluarga abah aku di Parit Sulong tu. Macam baru je Azam tu masuk sekolah rendah, tiba-tiba dah sekolah menengah. apa-apa pun, selamat hari jadi Azam...

Hari Jadi 2010 Non & Atiq

Pada 25 Februari lalu ialah hari jadi Non dan Atiq. Seorang dah kerja dan seorang lagi masih belajar di Universiti Malaysia Terengganu. Walaupun terlewat hantar post ni, harap-harap mereka tetap tahu yang aku selalu ingat hari jadi mereka.... :-)