31 Disember 2010

OH hari ni ialah hari terakhir dalam tahun 2010. Isk... sedih pulak. Macam belum bersedia untuk melangkah ke tahun baru. Cepatnya masa berlalu. Entahlah, masih banyak benda yang belum tercapai walau usia semakin lama semakin tua. Kini apabila setelah setahun lebih aku menjadi wartawan majalah MIDI, aku semakin sedar bahawa peningkatan usia adalah antara perkara yang sangat mempengaruhi kehidupan seseorang. Ada yang gembira dengan peningkatan usia. Di sebaliknya pula, ada yang sukar menerima peningkatan usia. Bimbang, takut, risau dan pelbagai lagi emosi negatif menyelubungi mereka.
Ketika aku berbual bersama mereka dan bertanya mengenai peningkatan usia, mereka kata mereka bangga dengan usia yang mulai masuk era MIDI namun di sebaliknya mereka bimbang. Bagi yang dah berkahwin, mereka bimbang hilang kasih sayang suami. Walaupun pengalaman melayari kehidupan bertambah pada setiap tahun mereka tetap bimbang. Ternyata persediaan mental sangat perlu untuk melayari kehidupan pada masa akan datang. Sebab itulah ada ramai yang tidak mahu masuk majalah MIDI kerana tidak mahu mengaku usia mereka yang sudahpun menjengah usia MIDI. Aku hormati keputusan mereka.
Bagi diri aku sendiri, peningkatan usia sedikit sebanyak menggerunkan juga. Kata orang, janganlah fikir sangat pasal umur sebab nanti kau akan nampak tua. Oh, aku memang selalu fikir pasal umur yang makin meningkat ni sedangkan masih banyak yang nak dibuat. Macam tak cukup masa je. Masa tak tunggu kita malah kitalah yang kena kejar masa. Walau apapun, esok dah masuk tahun baru. Selamat datang 2011, walaupun aku bagai tak sedia lagi untuk menginjak ke tahun baru yang membawa maksud usiaku bakal naik satu anak tangga lagi. Oh tidak...

Catat Ulasan

2 Ulasan

suziey berkata…
oh tidakkkkkkkkk!!!!!!!!!!!
Maryam Elyas berkata…
Sabarlah Suzi. Belajarlah untuk terima kenyataan. :-)