Iklan Nuffnang

Rabu, 29 April 2009

Suzi Belanja Makan Malam

GEMBIRANYA rasa di hati apabila Suzi mempelawa aku dan Anis untuk makan malam di Sweet Chat di MidValley Megamall. Anis pernah bawa kami makan di situ kerana dia dapat baucar semasa membuat tugasan untuk ruangan Lepak Place dulu. Paling aku terasa-rasa ialah pankek durian. Sedapnya.... Selepas balik kerja kami terus berangkat ke lokasi yang letaknya hanya kira-kira lima minit perjalanan dari pejabat kami (kalau tiada kesesakan jalan raya). Gambar di bawah menceritakan segalanya.


Gaya Anis dan Suzi menikmati hidangan masing-masing.

Burger, aku punya. Gambar sebelah Suzi punya.

Pemanis mulut iaitu bubur caca dan pankek durian. Sedapnya... tolong tolong... sedap sangat.

Blue Ocean dan yang merah tu apa ya nama dia?
SELEPAS makan malam, jalan-jalan dan nampak Harvey Norman ada jualan murah. Aku suka beli di kedai ini kerana kalau jualan murah tu memang murah sungguh. Aku beli bantal dan bantal peluk jenama Novelle Home. Anis pula beli bantal jenama Jean Perry dan Novelle Home. Empat barang ini harganya cuma RM124 lebih kurang. Murahlahkan sebab barang kat sini boleh tahan harganya. Aku cuma membeli-belah di sini pada masa jualan murah sahaja terutama kalau nak beli tuala, bantal dan cadar.

Inilah bantal yang aku beli. Gambar sebelah Anis sedang menjinjing bantal dia. Lenalah harapnya tidur kami malam ini.

Sabtu, 25 April 2009

Badminton Lagi...

HAI. Hari ini aku, Suzi, Anis dan Eddy (Edi atau Edy) main badminton lagi. Seronok sangat. Kali ini aku main lebih semangat berbanding Selasa lepas kerana tangan sudah tidak sakit. Kali ini aku kalah semua perlawanan. Dan paling kelakar sesiapa sahaja yang berpasangan dengan aku juga akan kalah. Hahaha nampak sangat aku tak pandai main. Maaflah ya kawan-kawan. Aku main sebab nak keluarkan peluh. Kalah atau menang belakang kira. Nantilah, kalau dah selalu main barulah kita boleh lawan betul-betul ek. Kihkihkih.







SELEPAS main badminton, kami lepak di Kampung Baru. Makan bubur nasi dan kerang bakar. Biasalah, di Kampung Baru sentiasa sibuk dan ramai orang. Lepas makan kami jalan-jalan tengok barang yang dijual di tepi-tepi jalan. Ada banyak koleksi kelab bola sepak. Sesiapa yang suka kumpul barang-barang sebegini bolehlah beli.

Add Image




Ahad, 19 April 2009

Buat Kraf Tangan di Pesta Buku

SALAM kepada semua pembaca blog (yang beberapa kerat sahaja). Maklumlah blog yanag masih direhatkan daripada menemui pembaca di seluruh dunia ini hanya boleh dibaca oleh orang tertentu sahaja. Kali ini aku ingin berkongsi keterujaan aku membuat kraf tangan di booth Jelita (BPSB) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009.
Aku sungguh seronok membuat kraf tangan disaksikan orang ramai yang mengunjungi Pesta Buku. Mak cik, pak cik, adik, kakak, abang, atuk dan nenek semua ada. Sesi kraf tangan bersama Kak Yam bermula jam 12 tengah hari hingga 1.30 petang. Aku hasilkan empat kraf iaitu balang gubahan bunga menggunakan bijirin, bakul gula-gula berhias reben dan renda, tempat letak pensel daripada gegelung tisu dan gelas bekas lilin. Orang yang datang melihat aku hasilkan kraf datang dan pergi. Mereka tidak melihat sehingga sesi tamat kerana suasana agak panas kerana orang sangat ramai. Namun pengalaman kali pertama buat kraf di khalayak ramai sangat menyeronokkan. Sambil itu, Syasyiela selaku pengacara majlis bercerita mengenai pengalaman aku melancong ke Thailand, Korea dan Bandung. Bestlah!

Dari hujung meja nampak tak kraf aku iaitu balang, bakul dan tempat letak pensel. Ketika ini aku sedang buat kraf terakhir iaitu bekas lilin.

Faizal tolong pegang mikrofon.

Bersama peminat cilik. Hehehe...


Tengah cari apa masa ni ya? Cari gam kot... Mana pulak pergi gam ni? Di belakang tu ramai yang membelek majalah Jelita, I-Remaja dan Anjung Seri.

Sabtu, 18 April 2009

Pesta Buku

HARI ini aku hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 (PBAKL09). Aku hadir hanya dengan denim, kemeja-T buruk, sandal dan tudung sarung. Kenapa berpenampilan begitu? Sebabnya ialah aku hanya menemankan Suzi yang bertugas membuat liputan di situ. Aku bertugas esok sebagai krew Jelita untuk slot Lakukan Sendiri. Jadi esok kenalah berpenampilan menarik sedikit. Jaga nama majalah dan syarikat.
Aku dan Suzi sampai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) jam 11.30 pagi namun pusing-pusing cari parkir. Kami tidak dibenarkan masuk ke parkir PWTC kerana sudah penuh. Jadi berpusing-pusinglah seluruh bangunan berdekatan. Aku cuba sekali lagi masuk ke parkir PWTC. Nasib kami baik kerana parkir sudah dibuka semula. Mungkin ada kosong selepas setengah jam tadi. Memang nasib baik kerana anda kereta hendak keluar. Jadi dapatlah parkir di situ.
Sampai di ruang legar tempat berlangsungnya majlis pelancaran buku terbaru BPSB, aku lihat pentas masih kosong dan ada beberapa krew BPSB sedang memasukkan barang ke dalam beg kertas sebagai ‘goodie bag’. Aik, kata majlis mula jam 12.30 tengah hari tetapi suasana macam belum ada apa-apa yang berlangsung pun. Ada beberapa wartawan daripada penerbitan lain yang aku cam wajah mereka sedang menanti di meja pendaftaran yang masih belum ada yang menjaganya. Isk…
Beberapa ketika menanti, aku dipanggil oleh seseorang untuk membantu mengangkat beg kertas berisi majalah, minuman dan roti dari depan ke belakang. Aku tolong jugalah angkat kerana rasa tanggungjawab kerja berkumpulan walaupun sebenarnya aku tidak terbabit langsung pada hari ini. Aku juga tidak pernah dipanggil mesyuarat sebagai team Pesta Buku. Aku mengangkat sebanyak empat kali pusingan dengan setiap kali pusingan aku angkat lapan beg. Empat beg di tangan kiri dan empat beg di tangan kanan. Kemudian aku tidak angkat lagi kerana sakit pinggang semakin terasa. Maaflah, aku tidak larat atas sebab-sebab kesihatan.
Kemudian aku masuk ke kafe berdekatan minum kopi dan makan sosej. Lapar dan dahaga sungguh rasanya. Kemudian apabila majlis hampir berlangsung iaitu jam 1.45 petang, aku pun duduk di ruang legar sebagai penonton. Ada seseorang pekerja BPSB bertanya kepada aku mana press release. Aku tidak tahu di mana letaknya benda itu kerana aku tidak pernah diberitahu oleh sesiapapun mengenai majlis ini. Kalau aku jadi wartawan yang membuat liputan majlis ini, pasti aku ‘hangin’ kerana tiada press release, majlis mula terlalu lewat daripada masa ditetapkan dan kerusi media dipenuhi dengan orang awam. Aduyai….

Isnin, 13 April 2009

Jom Main Badminton

HAI SEMUA. Pagi ini aku bangun tidur dan tidak tahu apa nak buat. Rasa ingin menyihatkan badan yang sudah terasa sengal-sengal macam orang tua. Jadi aku pun telefon Pusat Komuniti Pantai Dalam dan tanya sama ada court badminton ada kosong atau tidak. Menurut pegawai di sana masih ada kosong lagi kerana hari bekerja court hanya ditempah pada waktu malam. Jadi, apa lagi. Terus bersiap dan pergi ke sana untuk bermain badminton.
Mula-mula pergi ke sana untuk tempah court dahulu, kemudian pergi sarapan dulu. Selepas siap bersarapan, barulah pergi main. Aku ambil dua jam dari 11 pagi hingga 1 petang. Selepas selesai main pergi cuci kereta dan kemudian makan tengah hari. Di situ jumpa Anis yang cuti hari ini sebelum menjejakkan kaki ke Jelita pada Rabu nanti. Disebabkan waktu bekerja, tiada orang lain yang main. Hanya aku dan Suzi sahaja. Hahahah, dewan ini kami yang punya. Main kejap-kejap letih, kejap-kejap letih. Tak fit langsung!


Sarapan dengan surat khabar. Hahaha, bukan main lagi minum kopi panas.

Inilah dewan badminton tu. Kami main di court A. Sewa RM8 sejam.

Letih nampak cik puan Suzi. Ada juga laman refleksologi. Aku cuba jalan tapi aduh tak tahanlah. Sakit woo...

Rabu, 8 April 2009

Kenangan Paling Manis dan Pengiktirafan Kerjaya



Kiri: Yang tengah itu ialah Muhd Iqram Md Ramli, jurugambar yang ikut ke mana sahaja aku pergi untuk buat liputan ini.
Kanan: Aku dan Kak Ana.

Yang berselendang batik itu ialah Chyntia. Dia menang kategori Rencana Bahasa Inggeris bagi majalah malaysian Business.

Ha... yang sampaikan hadiah ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Sekarang dah jadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Sebelah Najib ialah Chamil Warya.

Kami bertiga gembira sangat dengan kejayaan ini.

Selasa, 7 April 2009

Kisah Tempat Letak Kereta

TADI petang kan aku pergi mesyuarat dengan Clarins kan. Aku tengok tempat letak kereta di bangunan itu agak pelik berbanding tempat letak kereta di kawasan lain. Kereta diletakkan bagai di rak. Aku takut nak letak kereta di sini. Kalau nak keluar, tekan butang di tepi dinding. Platform itu akan turun atau naik mengikut butang yang anda tekan. Tengoklah gambar yang aku rakam ni. Dengar kata di bangunan KFC kereta nak parkir siap kena naik lif. Cayalah.