Iklan Nuffnang

Rabu, 25 Februari 2009

Suzi & Televisyen LCD

TAHNIAH! Itulah perkataan yang sesuai untuk Suzi. Nak tahu kenapa aku ucap tahniah kepada dia? Sebabnya ialah dia dapat salah satu hadiah utama cabutan bertuah pada majlis pelancaran barangan Farmasi Colour Cosmetics. Ada tiga hadiah utama iaitu haruman bernilai RM900, percutian di Pulau Langkawi dan televisyen LCD jenama Toshiba berukuran 32 inci. Suzi tersenyum sampai ke telinga apabila membawa pulang hadiah televisyen.
TERIMA KASIH. Ini pula ucapan aku kepada Suzi kerana sudi meletakkan televisyen baru ini di ruang tamu menggantikan televisyen lama aku. Jadi televisyen lama aku dimasukkan ke dalam bilik untuk menonton DVD. Di ruang tamu khas untuk menonton siaran Astro melalui televisyen baru ni. Memberangsangkan juga televisyen ni. Sistem bunyi pun boleh tahan. Skrin pun mantap.

Sebelum.

Selepas.

Selasa, 24 Februari 2009

Selamat Hari Jadi Non & Atiq

25 Februari ialah hari jadi dua orang adik aku iaitu Non dan Atiq. Hari jadi mereka sama cuma tahun saja lain. Harap berpuas hati dengan kad ni ya. Maklumlah Kak Yam ni bukan pereka grafik. Kepada Non, kerja rajin-rajin ya. Atiq pula, belajar bersungguh-sungguh dan baik-baik merantau di tempat orang. Selamat hari jadi atau dalam bahasa Inggeris, Happy Birthday. Kalau tak ucap dalam bahasa Inggeris nanti nampak macam ketinggalan zaman pula, kan? Semoga tercapai impian kalian dalam bidang Sains sebagaimana impianku untuk cuba gunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam blog ini.

Isnin, 23 Februari 2009

Makan Malam

SALAM kepada semua.
Kali ini aku nak berkongsi cerita mengenai hidangan makan malam. Tadi aku dan Suzi singgah di Restoran Mahbub di Bangsar. Ini semua kerana membaca blog seorang rakan yang menulis mengenai sup pekat dan dimakan dengan roti Perancis. Jadi, aku pun pergilah ke sana untuk mencubanya. Erm... boleh tahan. Aku makan sup kambing pekat dengan roti. Suzi pula makan roti nan keju dengan ayam tandoori.


Ahad, 22 Februari 2009

Santai Bersama Anak Saudara



INI adalah gambar dua orang anak saudara aku. Yang pertama ialah Siti Aleeya Nuha dan yang kedua Siti Izzah Hazirah. Hari minggu biasanya aku bangun lewat. Kadang-kadang jam 10 baru aku bangun sebab jam 10.30 nak tengok Tom And Jerry kat TV3. Tetapi hari ini jam 7 pagi aku dah bangun dan duduk di sofa menanti anak saudara aku datang ke rumah. Seronok apabila dengar "Assalammualaikum, Antie Ayam...." Aleeya memberi salam sambil ketuk pintu.
Hari ini kami merancang nak pergi ke The Garden dan MidValley. Bukan nak membeli-belah sangat pun sebenarnya. Hajat di hati cuma nak mengunjungi Maxis Centre untuk membetulkan apa yang patut seperti mana dalam pos aku yang lepas. Nombor yang bermasalah itu didaftarkan atas nama aku (ketika itu adik aku belajar di luar negara), tetapi adik aku yang guna. Jadi selain membetulkan talian, aku menukar hak milik kepada adik aku ini.










Jumaat, 20 Februari 2009

Bosan Dengan Maxis

AKU menggunakan khidmat telekomunikasi Maxis hampir 10 tahun lalu. Tiba-tiba mendapat panggilan daripada Maxis yang meminta nombor kad pengenalan aku kerana katanya pendaftaran tidak lengkap. Aku bukan bodoh yang sewenang-wenangnya memberi nombor kad pengenalan aku kepada orang yang menelefon. Erm... faham-faham sahajalah banyak sangat penipuan berlaku di serata dunia. Nombor kad pengenalan adalah rahsia peribadi kerana banyak yang boleh dilakukan oleh penjenayah jika kita mendedahkan nombor kad pengenalan, kad kredit dan sebagainya.
Pemanggil yang percakapannya seperti warga asing itu sememangnya agak mengelirukan aku. Betulkah daripada Maxis atau saja main-main untuk memerangkap aku? Jadi aku mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke Maxis Centre di Pavilion untuk menyemak akaun nombor telefon bimbit. Itupun selepas talian telefon bimbit aku disekat. Ternyata panggilan itu ada kebenarannya kerana memang nombor kad pengenalan aku salah. Tak apalah, sekurang-kurangnya aku berhati-hati menerima panggilan telefon yang sebegini.
Persoalan yang timbul ialah kenapa baru sekarang Maxis menyemak nombor kad pengenalan aku ya? Dan satu lagi persoalannya ialah, dahulu aku mendaftar di Maxis siap bagi salinan kad pengenalan lagi. Boleh salah jugakah?
Selepas berurusan dengan salah seorang kakitangan di Maxis Centre di Pavilion, aku pun pulang setelah sekatan dibuka semula. Aku memang suka berurusan di Maxis Centre Pavilion kerana kakitangannya ramah pelanggan. Kalau di MidValley atau The Garden, sakit hati sangat. Sudahlah tidak peramah, lembap pula tu. Walaupun rumah aku dekat dengan MidValley dan The Garden, aku sanggup pergi jauh ke Pavilion.
OK. Habis cerita itu. Ada satu lagi sambungan. Yang menjadi kemarahan aku ialah sejak dua hari lepas orang Maxis asyik menelefon aku kerana masalah yang sama. Pendaftaran tidak lengkap. Apa lagi agaknya ya? Susah sangat agaknya nak melengkap pendaftaran aku tu. Susah sangat agaknya nak masukkan nombor kad pengenalan aku. Adakah aku perlu pergi ke Maxis Centre untuk betulkan nombor kad pengenalan aku setiap hari? Aku bosan dengan Maxis. Menyusahkan aku. Takkanlah aku nak kena pergi ke Menara Maxis atau pergi ke setiap Maxis Centre untuk membetulkan nombor kad pengenalan aku? Padahal diorang yang salah 'key in' nombor kad pengenalan aku.
Tolonglah buat kerja dengan cekap. Jangan kerana kesilapan kakitangan sendiri tetapi pelanggan yang bersusah payah ke hulu ke hilir. Paling sengal apabila nombor aku disekat lagi!

Rabu, 18 Februari 2009

Sayang Tanahair Kita?

SAYANGKAH kita kepada tanahair kita iaitu Malaysia? Selalunya apabila soalan begini diajukan kepada diri sendiri, pasti kita akan cakap begini, "Gila ke tak sayang negara sendiri? Mestilah aku sayang. Inikan tanahair tempat tumpah darah." Semestinya kita marah jika negara kita diceroboh dan semakin ramai warganegara asing yang masuk ke negara kita tanpa izin. Malah lebih menyakitkan apabila mereka berkongsi keharmonian negara ini dengan kita. Jom, kita uji sama ada kita benar-benar kenal negara sendiri. Tak kenal, maka tak cinta.

1) Apakah cogan kata Jata Negara?
2) Ada berapa jalur pada bendera Malaysia?
3) Berapa tahun Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri?
4) Siapakah yang digelar Bapa Pembangunan?
5) Pada tahun berapakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) menjadi Perdana Menteri?
6) Johor Darul Takzim, Kedah Darul Aman, Negeri Sembilan Darul?
7) Rukun Negara diisytiharkan pada?
8) Apakah cogan kata yang diumumkan Pak Lah?
9) Malaysia ada berapa negeri dan berapa wilayah persekutuan?
10) Sebutkan ulang tahun kemerdekaan Malaysia. (Yang ini kalau tidak boleh jawab, sedihlah jadi rakyat Malaysia).

Ahad, 15 Februari 2009

Udang Bakar Kegemaranku

HA... ini masa untuk makan malam. Aku masak udang bakar. Udang adalah makanan laut yang aku suka selain ikan sardin. Hehe. Tetapi agak pelik sebab kalau udang tu dimasak di kedai, aku 'kureng' sikit. Nak makan udang, kena masak sendiri, barulah best. Selain udang bakar, aku suka udang masak sambal tumis petai.

Udang Bakar Rempah Ratus (nama resipi sesuka hati)
Cara masak udang ini ialah perap udang bersama bawang putih (tumbuk) bersama kunyit dan garam. Kemudian taburkan serbuk kari. Gaul sebati. Kemudian hiris halia dan serai. Gaul lagi. Kalau nak tumbuk halia tu pun boleh. Kemudian bakar dalam kuali leper. Ketuk serai dan celup dalam minyak masak. Renjis-renjiskan minyak tu ketika membakar udang. Ringkas, kan?

Cubaan Menjadi

HARI minggu ini aku hanya lepak-lepak di rumah melepaskan letih kerja sepanjang minggu lepas. Bangun pagi tiba-tiba Suzi mencadangkan supaya masak makanan laut. Dia ni penggemar makanan laut. Aku pula agak 'kureng' sikit makanan laut ni. Fikir-fikir balik aku ni asyik makan daging dan ayam sahaja. Makan ikan pun elok juga supaya seimbang. Kami pergi pasar dan Suzi mencari ikan siakap. Konon-konon nak makan hidangan sihat yang rebus-rebus atau kukus. Jadi aku pun masak ikan siakap stim. Menjadi juga aku masak walaupun ini kali pertama mencuba masak stim. Menu yang kurang menyihatkan ialah sotong goreng tepung. Dan Suzi seperti biasa, kerjanya ialah masak nasi. Inilah makanan tengah hari kami.


Ikan Siakap Masak Stim

Sotong Goreng Tepung

Sabtu, 14 Februari 2009

Tersiratnya Erti Sebuah Persahabatan

SALAM untuk semua pengunjung blog kesayangan aku ini. Pabila berbicara mengenai persahabatan, aku sesungguhnya bersyukur kepada Tuhan kerana dianugerahi seorang sahabat sebaik Suzi. Persahabatan yang sudah mencapai sepuluh tahun; mulai tahun 1999 adalah sebuah hubungan sungguh bererti kepadaku. Susah senang dikongsi bersama. Sangat berbeza pada awal kami berkawan di UiTM dahulu. Dulu kawan masa budak-budak, namun kini kami sudah dewasa. Fikiran semakin matang.
Hubungan seorang sahabat sangat sukar untuk diungkapkan. Hubungan ini tidak sama dengan hubungan bersama keluarga (ibu, ayah dan adik-beradik), juga tidak sama hubungan dengan kekasih. Hanya mereka yang ada sahabat baik sahaja tahu mengungkapkan hubungan ini. Sahabatlah tempat mencurahkan perasaaan, sahabatlah tempat mengadu masalah, sahabatlah tempat minta tolong dan sahabat jugalah tempat melepaskan geram serta kemarahan. Kadang-kadang marah yang tak terluah kepada orang lain, sahabatlah tempat menghamburkan kemarahan itu. Sebagai sahabat, terimalah segalanya.
Sahabat bukan untuk mengisi masa lapang tetapi sahabat adalah untuk mengisi kekurangan. Sahabat tahu sikap sebenar sahabatnya. Dan sahabat adalah manusia yang berada di sisi saat suka dan duka. Sukar untuk aku gambarkan hubungan persahabatan. Tiada rahsia yang disembunyikan, ikhlas dan terbuka.
Puisi Khalil Gibran yang bertajuk Persahabatan di bawah dapat menggambarkan sejelasnya betapa indah hubungan persahabatan.

PERSAHABATAN oleh KHALIL GIBRAN

Dan seorang remaja berkata, bicaralah pada kami tentang persahabatan.
Dan dia menjawab: Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.

Dialah ladang hati yang kau taburi dengan kasih
Dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.

Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa
Dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara mengungkapkan fikirannya,
kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri,
pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.

Dan bila mana dia diam,
hatimu berhenti dari mendengar hatinya;
kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat
dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi,
dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat,
tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya,
mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya,
bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki,
nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya,
bukanlah cinta,
tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu,
biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.

Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya,
untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu,
bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan,
biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan.

Kerana dalam titisan kecil embun pagi,
hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

Khamis, 5 Februari 2009

Makan-Makan di Papa Rich Kopitiam

SALAM. Senja ini balik daripada kerja aku hendak pergi ke RHB Bank untuk masukkan cek Syarifah Syahirah. Dia buat penggambaran dengan aku sebelum bulan puasa hari itu. Aku tak tahu di mana letakknya RHB Bank selain daripada yang di sebelah Kolej Taylor Subang. Maklumlah, aku tidak pernah menggunakan perkhidmatan bank ini. Ketika hendak memulakan perjalanan, tiba-tiba Suzi dan Anis kata hendak ikut. Jadi, untuk tidak menghampakan kawan, aku pun bawalah sekali mereka berdua. Apalah kaedahnya mereka ini, kan? Nak masukkan cek pun nak ikut ke?
Hampir sampai di sana, faham-faham sahajalah waktu senja jalan memang sesak. Jadi, kami bertiga mengambil keputusan untuk makan dahulu. Pilihan? Tentulah di Papa Rich Kopitiam di Sunway Pyramid. Lagipun dah dekat sangat menghala ke Subang tempat nak masukkan cek tu. Sedap juga makan di kopitiam ini. Nak kata mahal pun tidaklah juga. Kira berbaloilah. Aku makan mi kari, roti bakar, taufu fah dan air mineral, harganya RM20. OK la kan?


Ini aku dan Anis. Aku dan Anis minum air mineral saja. Diet...

Pilihan aku hari ini ialah mi kari tanpa kuah.
Ini pula roti bakar susu pilihan aku dan Anis.

Tu dia... makan roti bakar susu dan menghirup taufu fah.

Suzi pilih roti stim dan kopi panas.

Pose manja ke apa ni ya? Sebelah tu, Suzi tengah pesan makanan.

Ini Papa Char Kuey Tiaw pilihan Suzi dan Anis. Sebelah tu pula roti stim.

Ahad, 1 Februari 2009

Cuti-Cuti Bidara Puteri Beach Resort

CUTI Hari Wilayah aku manfaatkan dengan bercuti selama 2 hari 1 malam di Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri di Tanjung Kling. Walaupun deadline semakin hampir, kami dengan beraninya bercuti. Tataplah gambar sekadar untuk dikongsi bersama.

Syoknya Mandi Laut



Walaupun ada segelintir pihak menganggap ini pose dugong, aku tetap nak masukkan juga ke dalam blog ini. Hahaha. Best wo pose atas batu.

Aktiviti klise apabila mandi di laut, main tanam-tanam orang. Walaupun klise, kami tetap main tanam-tanam orang juga.

Selain main tanam-tanam orang, kami main buat istana pasir. Masa ini Kak Azeda jadi ketua buat benteng istana pasir yang akhirnya roboh dek ombak yang menghempas pantai.

Lihatlah dunia, akhirnya aku dapat juga mandi di laut setelah bertahun-tahun tidak merasainya.

Duduk di atas dahan pokok ru yang tumbang kena angin pantai yang kuat. Lepas duduk atas dahan pokok, aku tulis nama sendiri di atas pasir. Motif?? Saje jer...

Aksi menyorok di sebalik pokok ru. Scene ini dirakamkan oleh Suzi. Masa ni Kak Azeda pergi sarapan dengan ayah dia.


Jalan-Jalan Tepi Pantai

Kat sini memang rasa aman. Angin pun kuat. Boleh memancing. Masa aku mandi, nampak orang jala ikan bilis.



Pose di kapal nelayan dan jala. Rasa macam kat kampung je...
Makan Time



Yang kulit hijau tu kupang. Tapi kitorang tak makan kupang malam tu. Menu yang pilih ialah kawan-kawan aku. Aku blur bila bab memilih makanan laut ni. Sebab aku suka makan makanan barat. Ewah, kekwat nih!




Tempat Penginapan


Mengenai penginapan ni aku nak cerita panjang sikit. Kami menginap di Bidara Puteri Beach Resort. Seronok sangat. Hotel berbentuk apartment ini sesuai disewa untuk percutian keluarga. Apartment dua bilik lengkap ruang tamu dan dapur hanya RM250 satu malam. Manakala apartment tiga bilik RM450 satu malam. Bilik berbentuk studio untuk dua orang hanya RM150 satu malam. Semua harga ini ialah untuk hari biasa. Harga dinaikkan sebanyak RM30 pada hujung minggu. Apa lagi, pergilah bercuti di Bidara Puteri Beach Resort. Alamatnya ialah Bidara Puteri Beach Resort, Pantai Puteri, Tanjung Kling 76400 Melaka.
Jalan-Jalan Malam Di Kota Melaka

Naik beca berhias lengkap dengan muzik. Sekali naik RM15. Inilah pengayuh atau penarik beca yang berhempas pulas mengayuh beca sebab aku yang naik beca tu (lupa nak tanya nama). Walaupun kasihan sebab sedar aku ni berat tetapi tak dapat nak tahan diri daripada merasai pengalaman naik beca berhias. Naik lak berdua dengan Suzi. Maaf cik abang, sebab menyusahkan… isk isk isk…